Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia Menyayangimu,

Bila Dia Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu,
Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun,

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya..

Redha

at Thursday, November 10, 2011

It would be so nice if

at Saturday, November 05, 2011

Penzahiran Pengorbanan..

at Saturday, November 05, 2011
Assalamualaikum semua.

"...dalam kehidupan ni..
kadang-kadang kita kene berkorban banyak 
untuk mendapatkan sesuatu yang sedikit... "

betulkan..?
xpe janji kita ikhlas.
macammana nak tau ikhlas ke tak?
diri sendiri je tahu :)
Perjalanan kita 
sebagai khalifah di bumi allah ini.
cukup berbeza-beza. 
Betapa misterinya mukjizat yang ESA 
pada makhluknya yang bernama....manusia. 
Termaktub,dah tertulis 'bahagian' kita seadanya.. 
Mampu atau tidak,redhanya kita pada ketentuan yang ESA ..?

Hanya kita yang empunya rasa 
 Jalanmu mungkin tak sama..dengan laluanku. 

Keperitanmu mungkin tak cukup berbekas di hati aku. 
Pengorbanan besar bagimu 
mungkin hanya secebis pada diriku 

 Pengorbanan kadangkala bisa jadi satu penzahiran 
yang maha hebat 
Tak perlu tutur manis bahasa
Tak usah diulangkata 
Pengorbanan Keredhaan atau Keterpaksaan?
 Biar APAPUN hakikat pengorbanan 
Hayati......Hargailah. 

Moga kita sentiasa di bawah keredhaanNYA.. 
Amin.

Salam Aidil Adha buat semua.
Maaf Zahir Batin.

Pesanan untuk semua :
Setiap kali melihat binatang dikorbankan, mari kita menyebut 
“Allahu Akbar” sebagai mengiktiraf Allah itulah yang 
Maha Besar menentukan ajal setiap yang bernyawa.      
 

Wahai Hati...

at Thursday, November 03, 2011
"...belajarlah kau hati supaya tidak berharap. 
mungkin banyak dosa yang aku sudah berjaya catit. 
jadi ini pembalasannya apabila kau berharap wahai hati.
dosa kering dosa yang kau sedar dalam tidak sengaja. 
tidak mengapa. 
biarkan hati kau mereka sakiti 
agar kau muhasabahkan diri wahai manusia... "

Ni bukan entri masakan..

at Wednesday, November 02, 2011
Assalamuaikum semua.
tak tahulah korang semua ni baca ke tak entri kali ni..hehe.

Bibir kering..kering..kering...Puas minum air berliter-liter. Tetap dehydrated. Hairan kan?
Cuba bayangkan macam mana air yang beliter-liter kita minum tu detoksi sebagai peluh and najis sahaja.
Mujur saya ada jumpa satu cara ni yang boleh dianggap simple untuk elakkan bibir terus jadi kering mengelupas tak tentu pasal :P

Cara ni saya belajar daripada Michelle Phan. Kenal sama dia?Trylah google dia keyh atau mesti ramai yang kenal cute Phan ni. Sangat berkenan dengan cara beliau.

Dah lama saya cari masa, cuba nak buat cara ni. Bila balik rumah cuti je, segala barang kat rumah di'explore'. haish macam-macam. Alright...taknak buang masa...jom tengok apa ramuan yang diperlukan..
No worries keyh..bahan-bahan nye mudah je nak dapat :)

madu.
Madu ni terpulang lah pada korang samada korang nak guna pure madu atau yang telah diproses. Suggested sebenarnya better korang guna madu organik, sebab banyak manfaat daripada produk-produk organik sekarang ni. Do try and explore about it :)

gula kasar bukan halus. 
Fungsi gula kasar dalam ramuan sebagai skrub bibir tu :) 
Bolehlah jugak guna gula halus if korang rasa bibir too sensitive.
Vaseline ( Intensive Care ). 
Boleh dapatkan kat mana-mana kedai. Paling selamat beli dari Farmasi/Guardian. Coz before, saya penah beli yang tiruan , terlalu banyak petroleum till baunya pun tak sedap *choking sangat* At last bibir jadi worse. haish. Original Vaseline suppose no smell at all. 

So, buat pilihan bijak ^__^
Cukup satu mangkuk kecil yang boleh disimpan untuk kegunaan seminggu ( untuk bibir je kan )
tuangkan madu ikut suka nak banyak mana :)
letak satu sudu kecil gula..
kacau gitu-gitu je. No hard binding tau.
bila dah gaul kan, jadilah macamni :)
lepastu, ramuan tadi tu korang sapu and gosok secara lembut pada bibir :) Gosok sehingga korang rasa bibir korang terasa mongel cam Angeline Jolie..acheh.che.Teruskan gosok secara lembut. Sebelum tidur tu boleh sapu lagi. Hati-hati masa tidur mungkin bibir korang akan digigit semut. Ingat! madu tu manis tahu? takut korang lupa je rasa madu tu. Syok tidur kan?

Bangun esok, lap dengan kain basah. Cubalah...Oh ya, luba nak mention fungsi Vaseline tadi yang melembutkan bibir. Madu jadikan bibir lebih moist, gula tu pula bantu buang kulit-kulit mati pada bibir. Insyallah kalau selalu buat, pigment hitam kat bibir tu pun boleh pudar. Tak cuba mana nak tau kan :)

kalau ada lebih boleh buat mask pakai satu muka.Kulit memang terasa moist. Eit, saya pun malas buat selalu segala bagai ni. Kalau ada bahan, ada kesempatan masa saya buatlah :) Maka korang semua haruslah menjadi rajin serajin-rajinnya untuk kekalkan kemongelan dan keserian diri tu. Jangan maleeessss...

Ok tu je buat masa ni nak share dengan korang.
Kalau ada cara lain yang mudah dan praktikal, insyallah saya share lagi.
Selamat Mencuba.

END
 

Addictiondiary Copyright © 2010 Design by nhmi