Photobucket
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia Menyayangimu,

Bila Dia Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu,
Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun,

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya..

Kecewa Yang Bersarang !

at Sunday, January 23, 2011

Helaian hari ku selak lagi
Titisan bening dingin di pipi
Semalam ulang tahun berlalu dalam sepi

Aku membilang apa yang aku miliki
Hanya mimpi-mimpi, namun hidup gundah
Cuma menganyam angan bahagia tapi jiwa sengasara
Di manakah cinta yang sejati ?

Dalam nanar dan sasar aku menatap
Sesalan menghukum diri
Tuah selalu menjauh, tidak seperti dahulu
Jiwa terlalu sarat duka
Lemas, cemas, mencengkam rasa

Aku berpaut di dahan rapuh
bertenggek di tebing nan runtuh

Duhai kasih,
hulurkan tangan ihsanmu
Pinjamkan belas kasihmu
Izinkan aku berteduh di balik bayanganmu
Bekalkan aku sehujung kuku kasihmu
Untuk ku teruskan hidup ini
 

Addictiondiary Copyright © 2010 Design by nhmi