Photobucket
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia Menyayangimu,

Bila Dia Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu,
Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun,

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya..

Masih adakah aku???

at Thursday, May 05, 2011
Aku perempuan yang hidup di palung-palung dalam
Ketika aku masih ingin bertambah karam

Aku terlalu risau
Menyaksikan pagi dan burung-burung berkicau
seperti hendak mengabarkan berita tak berkilau

Aku takut merasakan mentari menyengat
Aku takut saat aku tak tahu berbuat
Aku takut merasakan hangat airmata,
kesedihan berulang dan harapan hendak di dakap
padalah sebuah rasa sakit yang selalu di hadapan

Dan sebenarnya aku takut pada perjuangan
pada 'selamat berjaya' yang menyeramkan
Aku takut menyedari kepulanganku nanti
adalah ritual yang menyedihkan
Aku takut merasakan


Alangkah sakitnya doa-doaku yang berkarat

Aku.. Takut..
 

Addictiondiary Copyright © 2010 Design by nhmi