Assalamualaikum semua.
Lamanya saya tak update blog. Dah masuk sebulan lebih, diam tanpa cerita yang nak dikongsi kan? :) Alhamdulillah, saya masih diberi masa untuk update entri pada kali ni. Dalam hati ni menghitung hari dan menunggu masa, bilalah saya punya masa untuk berkongsi cerita lagi. Entri kali ni sangat ringkas, saya cuma mahu bermohon maaf kepada mereka yang telah menambah Cik Eja melalui "facebook" samada untuk membeli ( #HOT ITEM ) produk cherry pink atau mask charcoal atau atas urusan bertanya khabar, atau urusan saja-saja kerana saya memang tidak punya masa untuk melayan setiap daripda mesej yang diberikan seperti di bawah ini. ( Off hand lah sayang! , Maaf ya :) )
Dalam hati ni terdetik juga, mesti ada yang menunggu dan terus menunggu bila mana saya lambat balas. Contohnya " Cik EJa, kenapa tak balas mesej saya, nak berniaga ke tak nak ni...." ( tersentap juga nih! haha ). Atas sebab kite ada urusan yang lebih penting untuk diselesaikan. Haish~ itu baru 2 hari Cik EJa ni tak respon, belum lagi seminggu, sebulan...Apalah agaknya yang u'olss fikir. Mungkin u'olss keliru agaknya samada kite aktif atau pun tidak sebenarnya kan? Maaf kepada u'olss yang terpaksa bertanya sehingga berkali-kali ya.
Hakikatnya , Cik EJa bukanlah robot yang sentiasa akan mengadap lappy untuk membalas dan respon kepada u'olss semua 24 jam/sehari. Kite manusia biasa juga. Ada masa nak makan, nak tidur, menjalankan aktiviti harian seumpamanya. Maklum ya sayang-sayang semua :)
Seterusnya, untuk makluman, kite tidak pernah dan tidak akan mebuat sebarang postage ke Brunei ( walaupun kite tahu, anda mampu untuk bayar harga kos penghantaran ya ). Salah satu sebabnya adalah kite tidak dapat memastikan item produk akan selamat tiba atau tidak kerana kos penghantaran ke sana hanya merangkumi cas posmen dan berat item shj ( tidak pada cas jaminan keselamatan). maka, dari segi keselamatan kite sendiri yang akan dipertanggungjawabkan jika barang tidak diterima oleh pembeli. Harap maklum ya:)
Bagi pembeli dari Sabah dan Sarawak pula, harga penghantaran ke mana-mana tempat di sana boleh dirunding, khususnya bagi yang tinggal di kawasan luar bandar. kite boleh beri jaminan kepada anda untuk keselamatan penghantaran ke sana tetapi dari segi kelewatan item "delivered' kepada anda, anda mempunyai pilihan samada untuk menggunakan perkhidmatan POS LAJU atau POS EKPRESS.
Bagi pembeli yang memohon maaf kepada kite atas sebab u;olss banyak bertanya kepada kite seperti dalam screensoot di atas ni, kite rasa u'olls tak perlulah meminta maaf. sebagai peniaga, dah menjadi tanggunjawab kite untuk menjawab setiap pertanyaan anda smua 'asap' jika kite ada masa ya. :)
Pelbagai lagi kite nak kongsi dan maklumkan kat sini, tapi seperti biasa kite takde masa. Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf juga bagi mesej yang tidak terbalas dengan kadar segera. Maafkan Cik EJa ya. Kite pasti akan balas semua mesej setiap hari, cuba bezanya lambat atau cepat sahajalah Sesiapa yang ingin asap response daripada kite, boleh terus hubungi kite pada no yang telah diberi. Kan lebih mudah. ( Jangan kedekut sangat tau nak bagi mesej pada kite, sebab kite pun tak kesah guna kredit kite untuk membalas mesej u'olss berjela-jela tu tanya macam-macam. hehe ).
Always remember, Cik EJa akan sentiasa jawab pertanyaa anda tu. Jangan Risau. Tunggu je okies :)