Photobucket
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia Menyayangimu,

Bila Dia Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu,
Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun,

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya..

Thinking Positive Please

at Thursday, July 21, 2011
Assalamualaikum and hai semua. I'm back.


Saya terkejut dan sedih.
Hari ni saya sedih. Esok lusa saya tak tahu macam mana perasaan saya? Semalam, saya mendapat berita yang tidak enak untuk didengar. Bila saya mendapat berita yang kurang enak macam ni, saya rasa terpanggil untuk membetulkan keadaan yang sebenarnya.

Kadang-kadang, ada cerita yang kita tak boleh nak luahkan atas sebab kita juga mahu menjaga aib orang. Tapi apabila ia melibatkan orang ramai termasuk kenalan-kenalan makhluk Allah yang ada pangkat adan kuasa, maka hal ini sangat-sangat memberi kesan kepada saya.
Ceritanya bermula :
Saya upload gambar jualan produk A ( bukan nama sebenar ) dan produk B (bukan nama sebenar ) dalam satu album. Produk yang sama sebenarnya kerana ia diperbuat daripada bahan yang sama. Ditanya pada 'supplier' saya Encik 'A' ( yang juga pengilang dan pengusaha produk A dan produk B ), beliau membenarkan saya membuat jualan bagi kedua-dua produk ini.
Saya tidak tahu di mana silapnya saya, ada makhluk Allah yang tidak berpuas hati barangkali, melaporkan hal saya upload gambar dua produk dalam satu album. Di antara gambar-gambar tersebut, saya ambil daripada blog orang tengah juga yang membekalkan produk kepada saya.
Bila gambar-gambar produk tersebut tersebar di facebook, maka saya dipersalahkan mengapa saya ambil gambar-gambar produk tersebut dan meletakkan dalam satu album. Persoalannya, mengapa mereka yang tidak mengetahui tentang hal sebenar ini sewenang-wenangnya menyalahkan saya? Sedangkan tuan kepada pemilik gambar tersebut tidak pula menyalahkan saya malah mengizinkan sahaja saya menggunakan gambar tersebut.
Saya mintak lah jasa baik semua orang, agar terlebih dahulu bertanyakan kepada saya tentang keadaan sebenar jika ada kemusyikalan berkenaan gambar produk.
Kita semua mempunyai hak bersuara tapi jangan sampai mengguris hati dan perasaan orang lain sehingga boleh mencetuskan perasaan amarah Saya sudah maklumkan sebelum ini, jika berlaku sebarang kesmusykilan, sila berhubung terus dengan saya terlebih dahulu. Supaya di akhir nanti, tidak berlaku percanggahan dan terlalu banyak yang terpengaruh dengan kata-kata nista.
Begitu banyak komen yang saya terima, ada jugak yang mengutuk sedangkan saya tak tahu menahu. Yang banyak berusuara inilah sebearnya mereka yang tidak mengetahu hal yang sebenarnya. Sila mendapatkan penjelasan yang sahih daripada saya sendiri dahulu, dan kemudian kepada mereka-mereka yang berkenaan. 'Supplier' mengadukan hal yang sama dan beliau tidaklah sampai memarahi saya cuma saya diminta untuk membuang gambar salah satu produk yang menjadi kesangsian dan buah mulut orang ramai. Sekarang saya hanya menjual satu produk dalam satu album. Supplier saya konfius dan pening untuk menjawab setiap kemusyikan yg timbul, saya juga lebih konfius dengan apa yang terjadi sekarang ni.
Jadi, ingin diingatkan sekali lagi, jika kamu terlalu sayangkan gambar yang 'telah menjadi' tontonan umum itu, sila labelkan nama kamu supaya tidak ada pihak lain yang boleh copy cat. Apabila satu gambar telah diupload di media, maka ia akan menjadi tontonan umum, dengan izin atau tanpa izin, ia tetap boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Ini hanya peringatan. Jadi berwaspada. Terpulang bagaimana semua orang menilainya.
Jadi, mulaihari ini saya cuma menjual produk A ( bukan nama sebenar ) dalam salah satu album saya di facebook oleh sebab terlalu ramai mulut yang mengata dan tidak mengetahui hal yang sebenar ni menghalang jualan saya sebenarnya. Sedih jugak bila ada orang yang mempunyai hasrat dengki macam ni.
Kita sama-sama manusia. Jagalah mulut dan percakapan masing-masing ya.
Kerana mulut dan penulisan kita, ramai pihak yang terasa.
Saya juga minta maaf kepada mereka yang mempunyai rasa tidak senang apabila saya terpaksa mengeluarkan entri ini.
Kepada ajen-ajen/ makhluk Allah yang menjual produk yang sama dengan saya ini, kamu diminta berwaspada dengan percakapan dan komen kamu ya. Saya tahu dimana kamu mendapatkan bekalan stock dan saya juga tidak mahu membocorkan rahsia apatah lagi mengaibkan kamu. Kita menjual produk yang sama, jadi tak perlu takut untuk berkongsi supplier yang sama.
Jika ada antara kamu yang tidak berpuas hati sehingga mencetuskan 'kontroverisi' dalam kalangan makluk2 tuhan ni, kamu boleh terus hubungi saya, kita boleh berbincang dengan cara baik. Minta penjelasan yang sebenar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Menuduh tanpa usul periksa yang sahih daripada mana-mana pihak, itu adalah fitnah.
"I'm respected you and please respected me once
Noted & Thank You.
Wassalam..
 

Addictiondiary Copyright © 2010 Design by nhmi