Mula malas nak bukak lappy tapi sebab ini kenangan kami,
saya 'simpan' di sini jugee ^__^
saya 'simpan' di sini jugee ^__^
Akhir bulan September 2011, saya melanjutkan pelajaran di UITM Puncak Alam. Alkisah saya tak kenal sesiapa pun atas sebab kelewatan saya berdaftar di sana. Lewat mendaftar 3 minggu lebih adalah suatu perkara yang membuatkan saya terlalu risau atas sebab semua perkara kene simpan dalam memori dengan cepat dan tersusun. argh! strees dah lah lewat mendaftar kan..camne raseee?? *ketinggalan*
Seminggu pertama di sana bagaikan hell. haha. Serius! Tak kenal coursemate lagi, tak kenal lecturer, tak kenal penasihat akademik lagi, kejar masa untuk ke kelas, serah segala bagai dokumen. and wait! saya tak lalui hari Minggu Haluansiswa pun. Tapi seronok jugak kan sebab Minggu Haluansiswa pasti memenatkan semua orang :)
Minggu pertama menjejakkan kaki di sana bagai mimpi ngeri. adoiyai. Stamina takde. Lemah badan. Terasa lah badan ni lenguh sana-sini. Whoah selama ni kau cuti bukan main lagi kat rumah kan.ehe.
Mujurlah seorang sahabat baik daripada sekolah rendah dulu belajar kat sana jugak. Oleh sebab dia dah 2 tahun menapak di sana, jadi saya terpaksa minta bantuan dia ( fafa zack ). Alhamdulillah...apa yang ada kat Puncak Alam, mindset kosong. serius. perkara pertama yang saya pandang adalah semua kawasan pedalaman yang jauh. Ibarat korang dah masuk satu bandar, tetiba korang nampak satu pekan kecil di dalamnya. Teruskan lagi perjalanan. Bila datang tempat baru, yang dekat pun terasa jauh sesangat. Hadoi..asyik belek jam je bilalah nak sampai, padahal bila selalu ulang alik rasa dekat cam nak pegi tandas rumah je.hehe..Dalam kete, side kanan, lori berdesap-desap. pergh. Terer betul bawa lori. Maklum lah Puncak Alam tu dah jadi tempat diorang. Puncak Alam ni pun dah kira sempadan Selangor jugak. Saya tak lihat kawansan ni sebagai sebuah bandar, ia masih sebuah pekan yang sedang membangun :) Tapi kalau nak cari tempat makan, tabik spring pada penduduk tempatan. Masakan diorang memang sedap. Kat sini tak susah cari makanan pun. Cuma saya je yang tak gemok-gemok and tak sempat rasa makanan kat sana :)
Datang sana, keesokannya harinya terus nak masuk kuliah. Mujur member, fafa tu britahu yang housemate dia ada kenal sorang member satu course yang sama dengan saya. Syukur alhamdulillah. Allah permudahkan urusan lagi :) Saya minta no fon and terus call beliau, first time dapat dengar suara beliau, hati terus tenang. haha. Beliau yang bernama Fatihah...O patutla :) nama pun dah gambarkan orangnya bagaimana..memang sangat tenang mendengar suara beliau...Fatihah kawan pertama yang saya hubungi untuk medapatkan segala macam maklumat. Dalam masa singkat, hubungan bole jadi rapat. Saya tahu dia seorang yang sangat membantu. Thanks Teyha. Masa ni beliaulah penyelamat dunia. Superwoman. hee..
Gambar blur sebab camera tak charge full masa ni. *sedihnyee* masa bergambarlah camera tunjuk ragam.Teyha di sebelah kanan tu. Belah kiri, Kak Wahida pun coursemate jugak. Ajak sama bergambar :)
Sabahat kedua yang telah banyak membantu adalah Nabilah. Berperwatakan seperti seorang ibu. Berwajah lembut dan ayu okeyh? Juga menyenangkan. Syukur lagi kerana Allah telah mempertemukan saya dengan insan-insan yang baik. Saya mula mengenali Nabila di fakulti, beliau salah seorang sahabat yang suka membantu. Saat yang paling bermakna bila beliau menghadiahkan saya sebuku kecil ayat Al-Mathurat. Ya Allah..syukurnya, dapat sahabat seperti beliau :) Sebelum tu memang saya ada mengadu pada Nabila yang ada member-member lain kat kolej kene pukau and saya pun takutlah nak tinggal kolej. Masa ni dah berkira nak tinggal kat luar pulak. Macam-macam masalah datang. Half mind nak tinggal rumah member, half mind nak tinggal kolej je sebab dekat dengan fak walaupun kene turun tangga beranak tingkat tu.Tak sangka betul she's take it serious. Nabila kata, amalkan baca ayat ni selalu, insyallah tak kene ganggu :) Sweetkan?
Sahabat yang lain, orang Sabah, Sandra namanya. Ok fine namanya bukan main panjang rupenye bukan setakat Sandra jek :) siap ada dayang-dayang penghulu nama tau. Panggil dia Sandra je. Beliau pun antara sahabat saya yang telah banyak bantu ketika di kolej dan kelas. Momen paling tak boleh lupa first time jumpa dia masa kelas bell ( english ), lepas habis kelas , dia terus datang pada saya " eh, fiza kamu kalau ada apa-apa masalah kah kat sini, kasi tahu lah sama saya k.."....saya pun jawablah "..takda apalah sandra..cuma saya baru saje kat sni, semuanya nak buat tergesa-gesa..tak sempat kenal sama orang lagi..."...*tersentuh hati saya sekejap bila ada member yang secara sukarela hulurkan bantuan*...Saya cuba untuk tidak menyusahkan orang sebenarnya tapi orang selalu susah hati tengok saya.. sama tak maksudnye? hehe. tak sama kan...satu-satunya member yang sangat berdikari dalam hidup. Macam takde apa masalah bila tengok beliau tahu? selamba!
Di samping beliau, seorang lagi sahabat bernama Athirah..orangnye cute sebab pakai spec. Suka kepam mulut. tak tahulah nape tapi cute jugak bila dia buat camtu.hehe. Athirah sahabat baik Sandra daripada Diploma kat Sarawak. Jadi, kemana Sandra ada, adalah Athirah di sisinya. Bahagia je bila tengok member dua orang ni tau :) Semuanya baik-baik belaka. Syukur, syukur alhamdulillah....Sebenarnya nak cite panjang lagi tapi sebab saya dah mula rasa lapar. okeyh, out dulu ya, nak makan ayam masak lemak yang ibu masak :) ok daa, Assamualaikum semua.