Photobucket
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia Menyayangimu,

Bila Dia Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu,
Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun,

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya..

Prepare Sem 2: AM228 :)

at Friday, July 20, 2012
Bismilahhirahmanirrahim..
Here're all description FINAL EXAM PAPER
for SEMESTER 2 BACAS ( AM228 ) 

Preparation & Practice always make perfect..
Remember each Course Code, Do mind about lecturer's name too.Sceptical! Dont repeat the past mistakes. Please!
ADS404
Introduction To Public Administration
Answer
Part A ( Question 1-ALL)
Part B ( 2 out of 3 Questions )
*broader knowledge..read!*

ADS460
Management Principle And Practices
Answer:
Part A ( 5 Questions -ALL )
Part B ( 2 out ot 4 Questions )
*broad knowledge.. again read*

 ECO415
Economics
Answer:
Part A ( 2 Questions -ALL )
Part B ( 3 out of 4 questions )
*from zero to hero*

ADS465
Industrial Relation
Answer:
Part A ( 3 Question - ALL )
Part B ( 3 out of 5 Questions )

QMT412
Business Statistics
Answer:
5 Questions ( ALL )
*the delicious part of add math*

LAW299*
Business Law
Answer:
Part A ( 25 Objective Questions -ALL )
Part B ( 3 out of 7 Questions )
*Do install own RAM*

It's just a review. Hoping they love me. tehee :)
" GOOD LUCK "
( eja and all )!

Ramadhan: Selamat Berpuasa!

at Thursday, July 19, 2012
Assalamualaikum reader,
I just wanna take this opportunity to wish all of you
"..SELAMAT BERPUASA +
MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN.."

Tarikh Mula Puasa tahun ni: 
21 Julai 2012  /1 Ramadhan 1433H
( Sabtu )

Alhamdulillah kite dapat merasa puasa hari pertama ramadhan tahun ni. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat, keberkatan, dan hidayah kepada semua muslimin dan muslimat :)

Puasa dengan erti kata sebenar. Mari perbanyakkan ibadat. Mudah-mudahan ibadat kite diterima oleh-NYA...Niat untuk jadi baik, baik dan baik selamanya..Amin..

Ini pesanan pada diri kite juge:

13/07/12:ACC114 smile yea!

at Wednesday, July 18, 2012
memula..segmented according topic
teraburai..
dah kemas, sepah lagi..takleh buat ape :P

Aku tidak layak untuk Firdaus-MU

at Friday, December 02, 2011

Redha

at Thursday, November 10, 2011

It would be so nice if

at Saturday, November 05, 2011

Penzahiran Pengorbanan..

at Saturday, November 05, 2011
Assalamualaikum semua.

"...dalam kehidupan ni..
kadang-kadang kita kene berkorban banyak 
untuk mendapatkan sesuatu yang sedikit... "

betulkan..?
xpe janji kita ikhlas.
macammana nak tau ikhlas ke tak?
diri sendiri je tahu :)
Perjalanan kita 
sebagai khalifah di bumi allah ini.
cukup berbeza-beza. 
Betapa misterinya mukjizat yang ESA 
pada makhluknya yang bernama....manusia. 
Termaktub,dah tertulis 'bahagian' kita seadanya.. 
Mampu atau tidak,redhanya kita pada ketentuan yang ESA ..?

Hanya kita yang empunya rasa 
 Jalanmu mungkin tak sama..dengan laluanku. 

Keperitanmu mungkin tak cukup berbekas di hati aku. 
Pengorbanan besar bagimu 
mungkin hanya secebis pada diriku 

 Pengorbanan kadangkala bisa jadi satu penzahiran 
yang maha hebat 
Tak perlu tutur manis bahasa
Tak usah diulangkata 
Pengorbanan Keredhaan atau Keterpaksaan?
 Biar APAPUN hakikat pengorbanan 
Hayati......Hargailah. 

Moga kita sentiasa di bawah keredhaanNYA.. 
Amin.

Salam Aidil Adha buat semua.
Maaf Zahir Batin.

Pesanan untuk semua :
Setiap kali melihat binatang dikorbankan, mari kita menyebut 
“Allahu Akbar” sebagai mengiktiraf Allah itulah yang 
Maha Besar menentukan ajal setiap yang bernyawa.      
 

Wahai Hati...

at Thursday, November 03, 2011
"...belajarlah kau hati supaya tidak berharap. 
mungkin banyak dosa yang aku sudah berjaya catit. 
jadi ini pembalasannya apabila kau berharap wahai hati.
dosa kering dosa yang kau sedar dalam tidak sengaja. 
tidak mengapa. 
biarkan hati kau mereka sakiti 
agar kau muhasabahkan diri wahai manusia... "

Ni bukan entri masakan..

at Wednesday, November 02, 2011
Assalamuaikum semua.
tak tahulah korang semua ni baca ke tak entri kali ni..hehe.

Bibir kering..kering..kering...Puas minum air berliter-liter. Tetap dehydrated. Hairan kan?
Cuba bayangkan macam mana air yang beliter-liter kita minum tu detoksi sebagai peluh and najis sahaja.
Mujur saya ada jumpa satu cara ni yang boleh dianggap simple untuk elakkan bibir terus jadi kering mengelupas tak tentu pasal :P

Cara ni saya belajar daripada Michelle Phan. Kenal sama dia?Trylah google dia keyh atau mesti ramai yang kenal cute Phan ni. Sangat berkenan dengan cara beliau.

Dah lama saya cari masa, cuba nak buat cara ni. Bila balik rumah cuti je, segala barang kat rumah di'explore'. haish macam-macam. Alright...taknak buang masa...jom tengok apa ramuan yang diperlukan..
No worries keyh..bahan-bahan nye mudah je nak dapat :)

madu.
Madu ni terpulang lah pada korang samada korang nak guna pure madu atau yang telah diproses. Suggested sebenarnya better korang guna madu organik, sebab banyak manfaat daripada produk-produk organik sekarang ni. Do try and explore about it :)

gula kasar bukan halus. 
Fungsi gula kasar dalam ramuan sebagai skrub bibir tu :) 
Bolehlah jugak guna gula halus if korang rasa bibir too sensitive.
Vaseline ( Intensive Care ). 
Boleh dapatkan kat mana-mana kedai. Paling selamat beli dari Farmasi/Guardian. Coz before, saya penah beli yang tiruan , terlalu banyak petroleum till baunya pun tak sedap *choking sangat* At last bibir jadi worse. haish. Original Vaseline suppose no smell at all. 

So, buat pilihan bijak ^__^
Cukup satu mangkuk kecil yang boleh disimpan untuk kegunaan seminggu ( untuk bibir je kan )
tuangkan madu ikut suka nak banyak mana :)
letak satu sudu kecil gula..
kacau gitu-gitu je. No hard binding tau.
bila dah gaul kan, jadilah macamni :)
lepastu, ramuan tadi tu korang sapu and gosok secara lembut pada bibir :) Gosok sehingga korang rasa bibir korang terasa mongel cam Angeline Jolie..acheh.che.Teruskan gosok secara lembut. Sebelum tidur tu boleh sapu lagi. Hati-hati masa tidur mungkin bibir korang akan digigit semut. Ingat! madu tu manis tahu? takut korang lupa je rasa madu tu. Syok tidur kan?

Bangun esok, lap dengan kain basah. Cubalah...Oh ya, luba nak mention fungsi Vaseline tadi yang melembutkan bibir. Madu jadikan bibir lebih moist, gula tu pula bantu buang kulit-kulit mati pada bibir. Insyallah kalau selalu buat, pigment hitam kat bibir tu pun boleh pudar. Tak cuba mana nak tau kan :)

kalau ada lebih boleh buat mask pakai satu muka.Kulit memang terasa moist. Eit, saya pun malas buat selalu segala bagai ni. Kalau ada bahan, ada kesempatan masa saya buatlah :) Maka korang semua haruslah menjadi rajin serajin-rajinnya untuk kekalkan kemongelan dan keserian diri tu. Jangan maleeessss...

Ok tu je buat masa ni nak share dengan korang.
Kalau ada cara lain yang mudah dan praktikal, insyallah saya share lagi.
Selamat Mencuba.

END

Come On: Steak lagi...

at Monday, October 31, 2011
ni steak kambing
tambah
kobis bunga
tambah
kentang
tambah 
sayur hijau tu.
( entah..tak tau sayur apa ) :/

Alhamdulilah, semuanya dah masuk perut :)

yang pasti daging kambing ni sangat empuk.
akhirnya cubaan masak steak kali ke-3 oleh ecyne menjadi :)

practice make perfect kan?
cuba lagi.
END

Mulanya perasaan...

at Saturday, October 29, 2011
Mula malas nak bukak lappy tapi sebab ini kenangan kami,
saya 'simpan' di sini jugee ^__^

Akhir bulan September 2011, saya melanjutkan pelajaran di UITM Puncak Alam. Alkisah saya tak kenal sesiapa pun atas sebab kelewatan saya berdaftar di sana. Lewat mendaftar 3 minggu lebih adalah suatu perkara yang membuatkan saya terlalu risau atas sebab semua perkara kene simpan dalam memori dengan cepat dan tersusun. argh! strees dah lah lewat mendaftar kan..camne raseee?? *ketinggalan*

Seminggu pertama di sana bagaikan hell. haha. Serius! Tak kenal coursemate lagi, tak kenal lecturer, tak kenal penasihat akademik lagi, kejar masa untuk ke kelas, serah segala bagai dokumen. and wait! saya tak lalui hari Minggu Haluansiswa pun. Tapi seronok jugak kan sebab Minggu Haluansiswa pasti memenatkan semua orang :)

Minggu pertama menjejakkan kaki di sana bagai mimpi ngeri. adoiyai. Stamina takde. Lemah badan. Terasa lah badan ni lenguh sana-sini. Whoah selama ni kau cuti bukan main lagi kat rumah kan.ehe.

Mujurlah seorang sahabat baik daripada sekolah rendah dulu belajar kat sana jugak. Oleh sebab dia dah 2 tahun menapak di sana, jadi saya terpaksa minta bantuan  dia ( fafa zack ). Alhamdulillah...apa yang ada kat Puncak Alam, mindset kosong. serius. perkara pertama yang saya pandang adalah semua kawasan pedalaman yang jauh. Ibarat korang dah masuk satu bandar, tetiba korang nampak satu pekan kecil di dalamnya. Teruskan lagi perjalanan. Bila datang tempat baru, yang dekat pun terasa jauh sesangat. Hadoi..asyik belek jam je bilalah nak sampai, padahal bila selalu ulang alik rasa dekat cam nak pegi tandas rumah je.hehe..Dalam kete, side kanan, lori berdesap-desap. pergh. Terer betul bawa lori. Maklum lah Puncak Alam tu dah jadi tempat diorang. Puncak Alam ni pun dah kira sempadan Selangor jugak. Saya tak lihat kawansan ni sebagai sebuah bandar, ia masih sebuah pekan yang sedang membangun :) Tapi kalau nak cari tempat makan, tabik spring pada penduduk tempatan. Masakan diorang memang sedap. Kat sini tak susah cari makanan pun. Cuma saya je yang tak gemok-gemok and tak sempat rasa makanan kat sana :)

Datang sana, keesokannya harinya terus nak masuk kuliah. Mujur member, fafa tu britahu yang housemate dia ada kenal sorang member satu course yang sama dengan saya. Syukur alhamdulillah. Allah permudahkan urusan lagi :) Saya minta no fon and terus call beliau, first time dapat dengar suara beliau, hati terus tenang. haha. Beliau yang bernama Fatihah...O patutla :) nama pun dah gambarkan orangnya bagaimana..memang sangat tenang mendengar suara beliau...Fatihah kawan pertama yang saya hubungi untuk medapatkan segala macam maklumat. Dalam masa singkat, hubungan bole jadi rapat. Saya tahu dia seorang yang sangat membantu. Thanks Teyha. Masa ni beliaulah penyelamat dunia. Superwoman. hee..

Gambar blur sebab camera tak charge full masa ni. *sedihnyee* masa bergambarlah camera tunjuk ragam.Teyha di sebelah kanan tu.  Belah kiri, Kak Wahida pun coursemate jugak. Ajak sama bergambar :)

Sabahat kedua yang telah banyak membantu adalah Nabilah. Berperwatakan seperti seorang ibu. Berwajah lembut dan ayu okeyh? Juga menyenangkan. Syukur lagi kerana Allah telah mempertemukan saya dengan insan-insan yang baik. Saya mula mengenali Nabila di fakulti, beliau salah seorang sahabat yang suka membantu. Saat yang paling bermakna bila beliau menghadiahkan saya sebuku kecil ayat Al-Mathurat. Ya  Allah..syukurnya, dapat sahabat seperti beliau :) Sebelum tu memang saya ada mengadu pada Nabila yang ada member-member lain kat kolej kene pukau and saya pun takutlah nak tinggal kolej. Masa ni dah berkira nak tinggal kat luar pulak. Macam-macam masalah datang. Half mind nak tinggal rumah member, half mind nak tinggal kolej je sebab dekat dengan fak walaupun kene turun tangga beranak tingkat tu.Tak sangka betul she's take it serious. Nabila kata, amalkan baca ayat ni selalu, insyallah tak kene ganggu :) Sweetkan?

Sahabat yang lain, orang Sabah, Sandra namanya. Ok fine namanya bukan main panjang rupenye bukan setakat Sandra jek :) siap ada dayang-dayang penghulu nama tau. Panggil dia Sandra je. Beliau pun antara sahabat saya yang telah banyak bantu ketika di kolej dan kelas. Momen paling tak boleh lupa first time jumpa dia masa kelas bell ( english ), lepas habis kelas , dia terus datang pada saya " eh, fiza kamu kalau ada apa-apa masalah kah kat sini, kasi tahu lah sama saya k.."....saya pun jawablah "..takda apalah sandra..cuma saya baru saje kat sni, semuanya nak buat tergesa-gesa..tak sempat kenal sama orang lagi..."...*tersentuh hati saya sekejap bila ada member yang secara sukarela hulurkan bantuan*...Saya cuba untuk tidak menyusahkan orang sebenarnya tapi orang selalu susah hati tengok saya.. sama tak maksudnye? hehe. tak sama kan...satu-satunya member yang sangat berdikari dalam hidup. Macam takde apa masalah bila tengok beliau tahu? selamba!

Di samping beliau, seorang lagi sahabat bernama Athirah..orangnye cute sebab pakai spec. Suka kepam mulut. tak tahulah nape tapi cute jugak bila dia buat camtu.hehe. Athirah sahabat baik Sandra daripada Diploma kat Sarawak. Jadi, kemana Sandra ada, adalah Athirah di sisinya. Bahagia je bila tengok member dua orang ni tau :) Semuanya baik-baik belaka. Syukur, syukur alhamdulillah....Sebenarnya nak cite panjang lagi tapi sebab saya dah mula rasa lapar. okeyh, out dulu ya, nak makan ayam masak lemak yang ibu masak :) ok daa, Assamualaikum semua.

Kadang-kadang

at Thursday, October 27, 2011
Ketika entri ini dibuat, saya berada dalam kereta. Menuggu.

Kadang-kadang duduk diam dalam kereta bersama laptop di riba adalah perkara awesome dalam hidup :)

Dalam keadaan gelap gelita, cahaya daripada screen laptop saje yang menerangi.

Bersyukur sebab masih ada cahaya.

Senyum ya Eja.

^_________^
 

Addictiondiary Copyright © 2010 Design by nhmi