Maka Dia Menyayangimu,
Bila Dia Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu,
Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu,
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Penzahiran Pengorbanan..
Assalamualaikum semua.
"...dalam kehidupan ni..
kadang-kadang kita kene berkorban banyak
untuk mendapatkan sesuatu yang sedikit... "
betulkan..?
xpe janji kita ikhlas.
macammana nak tau ikhlas ke tak?
diri sendiri je tahu :)
Perjalanan kita
sebagai khalifah di bumi allah ini.
cukup berbeza-beza.
Betapa misterinya mukjizat yang ESA
pada makhluknya yang bernama....manusia.
Termaktub,dah tertulis 'bahagian' kita seadanya..
Mampu atau tidak,redhanya kita pada ketentuan yang ESA ..?
Hanya kita yang empunya rasa
Jalanmu mungkin tak sama..dengan laluanku.
Keperitanmu mungkin tak cukup berbekas di hati aku.
Pengorbanan besar bagimu
mungkin hanya secebis pada diriku
Pengorbanan kadangkala bisa jadi satu penzahiran
yang maha hebat
Tak perlu tutur manis bahasa
Tak usah diulangkata
Pengorbanan
Keredhaan atau Keterpaksaan?
Biar APAPUN hakikat pengorbanan
Hayati......Hargailah.
Moga kita sentiasa di bawah keredhaanNYA..
Amin.
Salam Aidil Adha buat semua.
Wahai Hati...
"...belajarlah kau hati supaya tidak berharap.
mungkin banyak dosa yang aku sudah berjaya catit.
jadi ini pembalasannya apabila kau berharap wahai hati.
dosa kering dosa yang kau sedar dalam tidak sengaja.
tidak mengapa.
biarkan hati kau mereka sakiti
agar kau muhasabahkan diri wahai manusia... "
Categories
Monologue
Ni bukan entri masakan..
Assalamuaikum semua.
tak tahulah korang semua ni baca ke tak entri kali ni..hehe.
Bibir kering..kering..kering...Puas minum air berliter-liter. Tetap dehydrated. Hairan kan?
Cuba bayangkan macam mana air yang beliter-liter kita minum tu detoksi sebagai peluh and najis sahaja.
Mujur saya ada jumpa satu cara ni yang boleh dianggap simple untuk elakkan bibir terus jadi kering mengelupas tak tentu pasal :P
Cara ni saya belajar daripada Michelle Phan. Kenal sama dia?Trylah google dia keyh atau mesti ramai yang kenal cute Phan ni. Sangat berkenan dengan cara beliau.
Dah lama saya cari masa, cuba nak buat cara ni. Bila balik rumah cuti je, segala barang kat rumah di'explore'. haish macam-macam. Alright...taknak buang masa...jom tengok apa ramuan yang diperlukan..
No worries keyh..bahan-bahan nye mudah je nak dapat :)
madu.
Madu ni terpulang lah pada korang samada korang nak guna pure madu atau yang telah diproses. Suggested sebenarnya better korang guna madu organik, sebab banyak manfaat daripada produk-produk organik sekarang ni. Do try and explore about it :)
gula kasar bukan halus.
Fungsi gula kasar dalam ramuan sebagai skrub bibir tu :)
Bolehlah jugak guna gula halus if korang rasa bibir too sensitive.
Vaseline ( Intensive Care ).
Boleh dapatkan kat mana-mana kedai. Paling selamat beli dari Farmasi/Guardian. Coz before, saya penah beli yang tiruan , terlalu banyak petroleum till baunya pun tak sedap *choking sangat* At last bibir jadi worse. haish. Original Vaseline suppose no smell at all.
So, buat pilihan bijak ^__^
Cukup satu mangkuk kecil yang boleh disimpan untuk kegunaan seminggu ( untuk bibir je kan )
tuangkan madu ikut suka nak banyak mana :)
letak satu sudu kecil gula..
kacau gitu-gitu je. No hard binding tau.
bila dah gaul kan, jadilah macamni :)
lepastu, ramuan tadi tu korang sapu and gosok secara lembut pada bibir :) Gosok sehingga korang rasa bibir korang terasa mongel cam Angeline Jolie..acheh.che.Teruskan gosok secara lembut. Sebelum tidur tu boleh sapu lagi. Hati-hati masa tidur mungkin bibir korang akan digigit semut. Ingat! madu tu manis tahu? takut korang lupa je rasa madu tu. Syok tidur kan?
Bangun esok, lap dengan kain basah. Cubalah...Oh ya, luba nak mention fungsi Vaseline tadi yang melembutkan bibir. Madu jadikan bibir lebih moist, gula tu pula bantu buang kulit-kulit mati pada bibir. Insyallah kalau selalu buat, pigment hitam kat bibir tu pun boleh pudar. Tak cuba mana nak tau kan :)
kalau ada lebih boleh buat mask pakai satu muka.Kulit memang terasa moist. Eit, saya pun malas buat selalu segala bagai ni. Kalau ada bahan, ada kesempatan masa saya buatlah :) Maka korang semua haruslah menjadi rajin serajin-rajinnya untuk kekalkan kemongelan dan keserian diri tu. Jangan maleeessss...
Ok tu je buat masa ni nak share dengan korang.
Kalau ada cara lain yang mudah dan praktikal, insyallah saya share lagi.
Selamat Mencuba.
END
Categories
Product Review
Come On: Steak lagi...
ni steak kambing
tambah
kobis bunga
tambah
kentang
tambah
sayur hijau tu.
( entah..tak tau sayur apa ) :/
Alhamdulilah, semuanya dah masuk perut :)
yang pasti daging kambing ni sangat empuk.
akhirnya cubaan masak steak kali ke-3 oleh ecyne menjadi :)
practice make perfect kan?
cuba lagi.
END
cuba lagi.
END
Categories
Alhamdulillah,
Cerita Harian
Mulanya perasaan...
Mula malas nak bukak lappy tapi sebab ini kenangan kami,
saya 'simpan' di sini jugee ^__^
saya 'simpan' di sini jugee ^__^
Akhir bulan September 2011, saya melanjutkan pelajaran di UITM Puncak Alam. Alkisah saya tak kenal sesiapa pun atas sebab kelewatan saya berdaftar di sana. Lewat mendaftar 3 minggu lebih adalah suatu perkara yang membuatkan saya terlalu risau atas sebab semua perkara kene simpan dalam memori dengan cepat dan tersusun. argh! strees dah lah lewat mendaftar kan..camne raseee?? *ketinggalan*
Seminggu pertama di sana bagaikan hell. haha. Serius! Tak kenal coursemate lagi, tak kenal lecturer, tak kenal penasihat akademik lagi, kejar masa untuk ke kelas, serah segala bagai dokumen. and wait! saya tak lalui hari Minggu Haluansiswa pun. Tapi seronok jugak kan sebab Minggu Haluansiswa pasti memenatkan semua orang :)
Minggu pertama menjejakkan kaki di sana bagai mimpi ngeri. adoiyai. Stamina takde. Lemah badan. Terasa lah badan ni lenguh sana-sini. Whoah selama ni kau cuti bukan main lagi kat rumah kan.ehe.
Mujurlah seorang sahabat baik daripada sekolah rendah dulu belajar kat sana jugak. Oleh sebab dia dah 2 tahun menapak di sana, jadi saya terpaksa minta bantuan dia ( fafa zack ). Alhamdulillah...apa yang ada kat Puncak Alam, mindset kosong. serius. perkara pertama yang saya pandang adalah semua kawasan pedalaman yang jauh. Ibarat korang dah masuk satu bandar, tetiba korang nampak satu pekan kecil di dalamnya. Teruskan lagi perjalanan. Bila datang tempat baru, yang dekat pun terasa jauh sesangat. Hadoi..asyik belek jam je bilalah nak sampai, padahal bila selalu ulang alik rasa dekat cam nak pegi tandas rumah je.hehe..Dalam kete, side kanan, lori berdesap-desap. pergh. Terer betul bawa lori. Maklum lah Puncak Alam tu dah jadi tempat diorang. Puncak Alam ni pun dah kira sempadan Selangor jugak. Saya tak lihat kawansan ni sebagai sebuah bandar, ia masih sebuah pekan yang sedang membangun :) Tapi kalau nak cari tempat makan, tabik spring pada penduduk tempatan. Masakan diorang memang sedap. Kat sini tak susah cari makanan pun. Cuma saya je yang tak gemok-gemok and tak sempat rasa makanan kat sana :)
Datang sana, keesokannya harinya terus nak masuk kuliah. Mujur member, fafa tu britahu yang housemate dia ada kenal sorang member satu course yang sama dengan saya. Syukur alhamdulillah. Allah permudahkan urusan lagi :) Saya minta no fon and terus call beliau, first time dapat dengar suara beliau, hati terus tenang. haha. Beliau yang bernama Fatihah...O patutla :) nama pun dah gambarkan orangnya bagaimana..memang sangat tenang mendengar suara beliau...Fatihah kawan pertama yang saya hubungi untuk medapatkan segala macam maklumat. Dalam masa singkat, hubungan bole jadi rapat. Saya tahu dia seorang yang sangat membantu. Thanks Teyha. Masa ni beliaulah penyelamat dunia. Superwoman. hee..
Gambar blur sebab camera tak charge full masa ni. *sedihnyee* masa bergambarlah camera tunjuk ragam.Teyha di sebelah kanan tu. Belah kiri, Kak Wahida pun coursemate jugak. Ajak sama bergambar :)
Sabahat kedua yang telah banyak membantu adalah Nabilah. Berperwatakan seperti seorang ibu. Berwajah lembut dan ayu okeyh? Juga menyenangkan. Syukur lagi kerana Allah telah mempertemukan saya dengan insan-insan yang baik. Saya mula mengenali Nabila di fakulti, beliau salah seorang sahabat yang suka membantu. Saat yang paling bermakna bila beliau menghadiahkan saya sebuku kecil ayat Al-Mathurat. Ya Allah..syukurnya, dapat sahabat seperti beliau :) Sebelum tu memang saya ada mengadu pada Nabila yang ada member-member lain kat kolej kene pukau and saya pun takutlah nak tinggal kolej. Masa ni dah berkira nak tinggal kat luar pulak. Macam-macam masalah datang. Half mind nak tinggal rumah member, half mind nak tinggal kolej je sebab dekat dengan fak walaupun kene turun tangga beranak tingkat tu.Tak sangka betul she's take it serious. Nabila kata, amalkan baca ayat ni selalu, insyallah tak kene ganggu :) Sweetkan?
Sahabat yang lain, orang Sabah, Sandra namanya. Ok fine namanya bukan main panjang rupenye bukan setakat Sandra jek :) siap ada dayang-dayang penghulu nama tau. Panggil dia Sandra je. Beliau pun antara sahabat saya yang telah banyak bantu ketika di kolej dan kelas. Momen paling tak boleh lupa first time jumpa dia masa kelas bell ( english ), lepas habis kelas , dia terus datang pada saya " eh, fiza kamu kalau ada apa-apa masalah kah kat sini, kasi tahu lah sama saya k.."....saya pun jawablah "..takda apalah sandra..cuma saya baru saje kat sni, semuanya nak buat tergesa-gesa..tak sempat kenal sama orang lagi..."...*tersentuh hati saya sekejap bila ada member yang secara sukarela hulurkan bantuan*...Saya cuba untuk tidak menyusahkan orang sebenarnya tapi orang selalu susah hati tengok saya.. sama tak maksudnye? hehe. tak sama kan...satu-satunya member yang sangat berdikari dalam hidup. Macam takde apa masalah bila tengok beliau tahu? selamba!
Di samping beliau, seorang lagi sahabat bernama Athirah..orangnye cute sebab pakai spec. Suka kepam mulut. tak tahulah nape tapi cute jugak bila dia buat camtu.hehe. Athirah sahabat baik Sandra daripada Diploma kat Sarawak. Jadi, kemana Sandra ada, adalah Athirah di sisinya. Bahagia je bila tengok member dua orang ni tau :) Semuanya baik-baik belaka. Syukur, syukur alhamdulillah....Sebenarnya nak cite panjang lagi tapi sebab saya dah mula rasa lapar. okeyh, out dulu ya, nak makan ayam masak lemak yang ibu masak :) ok daa, Assamualaikum semua.
Sahabat yang lain, orang Sabah, Sandra namanya. Ok fine namanya bukan main panjang rupenye bukan setakat Sandra jek :) siap ada dayang-dayang penghulu nama tau. Panggil dia Sandra je. Beliau pun antara sahabat saya yang telah banyak bantu ketika di kolej dan kelas. Momen paling tak boleh lupa first time jumpa dia masa kelas bell ( english ), lepas habis kelas , dia terus datang pada saya " eh, fiza kamu kalau ada apa-apa masalah kah kat sini, kasi tahu lah sama saya k.."....saya pun jawablah "..takda apalah sandra..cuma saya baru saje kat sni, semuanya nak buat tergesa-gesa..tak sempat kenal sama orang lagi..."...*tersentuh hati saya sekejap bila ada member yang secara sukarela hulurkan bantuan*...Saya cuba untuk tidak menyusahkan orang sebenarnya tapi orang selalu susah hati tengok saya.. sama tak maksudnye? hehe. tak sama kan...satu-satunya member yang sangat berdikari dalam hidup. Macam takde apa masalah bila tengok beliau tahu? selamba!
Di samping beliau, seorang lagi sahabat bernama Athirah..orangnye cute sebab pakai spec. Suka kepam mulut. tak tahulah nape tapi cute jugak bila dia buat camtu.hehe. Athirah sahabat baik Sandra daripada Diploma kat Sarawak. Jadi, kemana Sandra ada, adalah Athirah di sisinya. Bahagia je bila tengok member dua orang ni tau :) Semuanya baik-baik belaka. Syukur, syukur alhamdulillah....Sebenarnya nak cite panjang lagi tapi sebab saya dah mula rasa lapar. okeyh, out dulu ya, nak makan ayam masak lemak yang ibu masak :) ok daa, Assamualaikum semua.
Categories
Alhamdulillah,
Semuanya Kenangan
Kadang-kadang
Ketika entri ini dibuat, saya berada dalam kereta. Menuggu.
Kadang-kadang duduk diam dalam kereta bersama laptop di riba adalah perkara awesome dalam hidup :)
Dalam keadaan gelap gelita, cahaya daripada screen laptop saje yang menerangi.
Bersyukur sebab masih ada cahaya.
Senyum ya Eja.
^_________^
Categories
Alhamdulillah
Hadis Mengenai Wanita
بِسْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ اارَّØِيم .
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “ Suaminya ”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “ Ibunya ”. 13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. .
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Sabda Rasullah: " ...Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
Sabda Rasullah:
"..Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
END
Categories
ILahi
Peringatan Untuk Isteri / Wanita Juga
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka
kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Sabda Rasullah:
"..Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
END
Categories
ILahi
Bersyukurnya Saya..
Saya bersyukur sebab :
- Saya dilahirkan sebagai seorang Islam.
- Saya masih mampun mengingati Allah dan beribadat kepada-NYA.
- Saya dilahirkan sempurna anggota dan kudrat untuk beribadat.
- Saya masih ada kedua ibu bapa saya yang sentiasa ada untuk mendoakan, memberi semangat, menasihati diri saya walaupun saya kerap kali melakukan kesalahan.
- Saya tidak pernah sama sekali dibenci oleh mereka.
- Saya mampu tersenyum dan melemparkan senyuman kepada orang ramai
- Saya masih mempunyai adik beradik yang sanggup menangis dalam susah dan senang. Bila bangun pagi, saya masih boleh wish " good morning" dan cium ibu dan abah saya.
- Saya masih boleh bermanja dengan keluarga saya.
- Saya masih boleh menyayangi orang lain.
- Saya masih disayangi dan diambil berat oleh mereka yang menyayangi saya.
- Saya masih boleh meluahkan perasaan di dalam blog saya ini.
- Saya masih mempunyai kawan yang boleh memahami keadaan dan masalah saya walaupun mereka tidak 100% memahami.
- Diberi peluang menjawat jawatan sbg setiausaha sepanjang menyertai Badan Beruniform Kadet Polis.
- Saya anak bongsu yang ibu boleh percayakan walaupun saya tahu kadang-kadang ibu susah untuk melepaskan saya untuk bertindak dan membuat keputusan.
- Saya masih boleh tidur dengan aman walau jam berapa pun. Tidak seperti di negara yang sedang berperang. bayangkanlah. betapa beruntungnya kita semua :)
- Saya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya dengan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan. Saya masih boleh membuka buku dan membacanya.
- Saya masih boleh melihat dan melihat setiap keindahan. Subhanallah! Dan kata cantiknya itu dan ini...
- Saya masih seorang pelajar yang boleh mempelajari apa sahaja.
- Saya boleh memakai heels untuk bergaya.
- Saya peroleh pangkat 1 dalam Peperiksaan darjah khas dan segala usaha saya terbalas.
- Saya mendapat 10A1 dalam peperiksaan SPM Saya pernah menjejakkan kaki, belajar di Universiti Malaya.
- Saya mendapat tajaan JPA.
- Saya dapat menyertai skuad SUKSIS walaupun untuk tempoh sementara.
- Saya boleh solat dalam keadaan yang tenang dan selesa. Saya tidak berpenyakit walaupun seringkali senggugut cuma.
- Saya masih boleh ketawa dan berperasaan. Saya penah dfitnah tetapi mendapat kekuatan daripada itu. Walapun saya telah melakukan kesilapan, masih ramai lagi yang mempercayai diri ini.
- Saya diberi peluang untuk mendiami kolej sepanjang pengajian saya.
- Saya dapat berjalan-jalan dan berjumpa dengan rakan-rakan. Saya masih mempunyai rumah yang boleh diduduki dengan selesa.
- Saya sentiasa dikelilingi oleh orang-orang baik. Saya sentiasa mempunyai semangat untuk melakukan sesuatu yang saya gemari.
- Saya masih mempunyai hati yang lembut utk membantu orang walaupun mereka telah beberapa kali menyakiti hati saya. Saya dapat belajar memandu kereta pada umur 20 tahun.
- Saya masih boleh melihat diri saya adalah orang yang sama pada setiap hari.
- Apabila saya bagun keesokan harinya, saya masih bernafas.
Ya Allah,
Aku sedar banyak nikmat
yang telah Kau kurniakan
Terima Kasih
Ya Allah,
kerana memberi aku merasai kesemua nikmat ini.
Pelbagai lagi telah ku rasai.
Semua itu tak tersenarai.
Segalanya lebih lagi
Ya Allah,
Aku amat-amat bersyukur...
Categories
Alhamdulillah
Jangan Teruskan Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Masuk Kereta
Mari baca sama-sama,
Take Note
Take Note
Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…
lepas baca artikel ni, tiba-tiba terfikir
ada baik nya jugak abah guna kipas angin ni dalam jip :)
lepas baca artikel ni, tiba-tiba terfikir
ada baik nya jugak abah guna kipas angin ni dalam jip :)
"..macam-macam penyakit boleh serang dalam keadaan kita tak tahu .."
Sabda Rasullah:
"..Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
END
Categories
Take Note
Gastrik = Heartburn !
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْمنِ الرَّØِيمِ
Syukur alhamdulillah.
Saya dah sihat.
Hari rabu minggu lepas, saya keracunan makanan. sebelum ni saya tak pernah rasa keracunan makanan jadi ia adalah pengalaman pertama saya. nak rasa sangat ke?? ampun tak nak dah rasa sakit macam ni lagi. Serius tired. Stress bila kepala masuk angin. Angin berderu-deru keluar pelbagai cara. haha. haduiyai.
bila sakit perut, first thing yang kita akan flashback
apa makanan yang kite makan kan,
apa makanan yang kite makan kan,
* Menu Lunch*
nasi putih
ayam masak kicap
kangkung masak belacan
air apa?
air susu! susu marigold 1L dalam kotak.
entah knapa masa hari rabu lepas makan terasa nak minum susu pulak kan.* tak sesuai * langsung lepas lunch minum susu :P
Habis makan biasalah rehat sekejap.
masa ni perut baik lagi :)
bila munculnye malam,
simptom-simptom berikut berlaku:
- pening kepala
- muntah sambung sampai ke pagi
- cirit-birit
- perut mengulas
Mungkin makanan lunch tu dah bercampur dengan susu,
maka terhasillah angin sepoi-sepoi bahasa yang akhirnya menjadikan kepalaku pening dan muntah-muntah
sehingga ke pagi...masyallah !
susu tu expired sebulan lagi. Kenapa boleh jadi macam ni??
Hari Khamis, baring je. serius lepas subuh sambung rehat semula. Tak mampu nak buat apa pun. Sakit perut dengan senggugut jauh amat berbeza rasanya. Senggugut cuma painful pada otot. Tapi bila sakit perut especially kat bahagian ulu hati, rasa pedihnye macam terguris dengan pisau tahu? isk.
Mujurlah petang khamis tu dah beransur baik, keesokannya hari Jumaat tetiba terasa pedih kat ulu hati.
Tengahari semalam ( Jumaat ) makan nasi ayam. Petang makan goreng pisang. Lepas je makan goreng, tetiba terasa pedih kat ulu hati. Pinggang rasa sengal, lenguh yang amat! Ya Allah tak tahulah apa dah jadi dengan tubuh ni. Yang paling selambanya, hari khamis waktu petang selepas semuanya dah kembali pulih saya boleh tak terfikir nak pegi buat check-up! huish. bukan main terer lagi lepas dah baik, suka-suki je melantak macam-macam. macamlah perut ni kebal sangat. selambee !
Semalam lah perut ni terasa sakit kat ulu hati.
Pedih gillll--er.er. tau.
Malam Jumaat tu terus pegi Poliklinik buat check up.
doktor :
" awak gastrik tahap awal. Perut banyak angin and asid ni.. "
saya:
" erm...dah agak dah..."
alang-alang bayar mahal kat poli tu, nak 'klepet' doktor tu lebih ckit.huhu
saya:
" doktor, ubat apa yang bagus utk tambah selera makan? "
doktor:
"...nape awak nak gemukkan badan ke?..erm..tak payahlah berat awak dah okey dah ni...saya dulu lebih kurus daripada awak tau, orang semua usaha nak kurus awak nak gemok..peliklah awak ni.."
( sengih doktor tu )
saya:
"..saya gemok ke? Ya Allah cuba doktor tengok betul, kurus nih!...dulu saya penah gemok jadi saya mestilah perasan badan saya dah kurus...dulu rasa mantappp je sebab demok.."
dalam hati: doktor tak tau hari-hari saya pakai baju berlayer-layer sebab nak nampak demok :(
( beria berbual dengan doktor rasa taknak keluar dah. huhu )
doktor:
"...ok2 macam nilah, saya bagi awak satu vitamin ni untuk support nutrient awak okey? tapi depends jugak pada seseorang tu, sebab ada patient saya yang makan tetiba dia kata berat badan dia naik mendadak, ada yang tak rasa peruabahan apa pun...cubalah dulu makan mana tau sesuai..awak tak payahlah makan ubat untuk gemokkan badan yang jual kat luar tu..tak jadi apa pun..ada kawan saya kan nak gemokkan badan semula, dia makan benda yang kecik-kecik tu, makan setiap masa, lama-lama selera makan bertambahlah...tak perlu setiap kali makan, amek makanan yang berat sebab nak cepat gemok..."
tetibe doktor ni cakap panjang lebar.
terus hilang mengantuk. hew :)
makanan kecik-kecik tu bmaksud makanan ringan = sneak yang selalu korang buat kudap-kudap tu
saya:
" ouh.ok. time kasih doktor " ^__^
entah knapa masa hari rabu lepas makan terasa nak minum susu pulak kan.* tak sesuai * langsung lepas lunch minum susu :P
Habis makan biasalah rehat sekejap.
masa ni perut baik lagi :)
bila munculnye malam,
simptom-simptom berikut berlaku:
- pening kepala
- muntah sambung sampai ke pagi
- cirit-birit
- perut mengulas
Mungkin makanan lunch tu dah bercampur dengan susu,
maka terhasillah angin sepoi-sepoi bahasa yang akhirnya menjadikan kepalaku pening dan muntah-muntah
sehingga ke pagi...masyallah !
susu tu expired sebulan lagi. Kenapa boleh jadi macam ni??
Hari Khamis, baring je. serius lepas subuh sambung rehat semula. Tak mampu nak buat apa pun. Sakit perut dengan senggugut jauh amat berbeza rasanya. Senggugut cuma painful pada otot. Tapi bila sakit perut especially kat bahagian ulu hati, rasa pedihnye macam terguris dengan pisau tahu? isk.
Mujurlah petang khamis tu dah beransur baik, keesokannya hari Jumaat tetiba terasa pedih kat ulu hati.
Tengahari semalam ( Jumaat ) makan nasi ayam. Petang makan goreng pisang. Lepas je makan goreng, tetiba terasa pedih kat ulu hati. Pinggang rasa sengal, lenguh yang amat! Ya Allah tak tahulah apa dah jadi dengan tubuh ni. Yang paling selambanya, hari khamis waktu petang selepas semuanya dah kembali pulih saya boleh tak terfikir nak pegi buat check-up! huish. bukan main terer lagi lepas dah baik, suka-suki je melantak macam-macam. macamlah perut ni kebal sangat. selambee !
Semalam lah perut ni terasa sakit kat ulu hati.
Pedih gillll--er.er. tau.
Malam Jumaat tu terus pegi Poliklinik buat check up.
doktor :
" awak gastrik tahap awal. Perut banyak angin and asid ni.. "
saya:
" erm...dah agak dah..."
alang-alang bayar mahal kat poli tu, nak 'klepet' doktor tu lebih ckit.huhu
saya:
" doktor, ubat apa yang bagus utk tambah selera makan? "
doktor:
"...nape awak nak gemukkan badan ke?..erm..tak payahlah berat awak dah okey dah ni...saya dulu lebih kurus daripada awak tau, orang semua usaha nak kurus awak nak gemok..peliklah awak ni.."
( sengih doktor tu )
saya:
"..saya gemok ke? Ya Allah cuba doktor tengok betul, kurus nih!...dulu saya penah gemok jadi saya mestilah perasan badan saya dah kurus...dulu rasa mantappp je sebab demok.."
dalam hati: doktor tak tau hari-hari saya pakai baju berlayer-layer sebab nak nampak demok :(
( beria berbual dengan doktor rasa taknak keluar dah. huhu )
doktor:
"...ok2 macam nilah, saya bagi awak satu vitamin ni untuk support nutrient awak okey? tapi depends jugak pada seseorang tu, sebab ada patient saya yang makan tetiba dia kata berat badan dia naik mendadak, ada yang tak rasa peruabahan apa pun...cubalah dulu makan mana tau sesuai..awak tak payahlah makan ubat untuk gemokkan badan yang jual kat luar tu..tak jadi apa pun..ada kawan saya kan nak gemokkan badan semula, dia makan benda yang kecik-kecik tu, makan setiap masa, lama-lama selera makan bertambahlah...tak perlu setiap kali makan, amek makanan yang berat sebab nak cepat gemok..."
tetibe doktor ni cakap panjang lebar.
terus hilang mengantuk. hew :)
makanan kecik-kecik tu bmaksud makanan ringan = sneak yang selalu korang buat kudap-kudap tu
saya:
" ouh.ok. time kasih doktor " ^__^
ni ubat angin ( naturaliser acid ). rasa sama macam korang bancuh 'colgate' dengan air. Boleh dapatkan ubat ni kat farmasi dalam harga around rm16 camtu.
cuba tengok label ubat tu :)
" Bersabarlah dalam menghadapi penyakit
sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa "
amin :)
ubat gastrik tak rasa apa.
tawar je :)
vitamin yang doktor cakap tu :)
Harap dapat naikkan berat badan dengan tablet ni.
consume sebiji sehari.
waiting for next 30 days to grow BIG Muffin :p
semua ubat letak dalam satu bekas.
harap dapat bertahan dengan semua ubat ni ",)
"..yang memberikan sakit adalah Allah S.W.T dan yang akan menyembuhkan juga DIA.
Ikhtiar yang kita lakukan untuk merawat adalah untuk mendapat hidayah Allah bukan semata-mata mendapatkan penyembuhan. Kerana sakit yang Allah berikan adalah kerana diri kita sendiri dan untuk mendapatkan kemuliaan dari Allah..."
END
Categories
Cerita Harian
Raya 2011 :)
Tema raya tahun 2011:
Semua setuju satu family warna MERAH
MERAH tau. oakay2.
Just have a look apa yang kite beli :)
( baju raya ke? :P )
haaa..ni baju raya yang tak ikut tema..
first time , kite tak tahu nak cakap apa :/ u'olss
lari theme park..hewhewhew.
apa yang patung pakai itu yang cantik.
takde masa belek lama2.
tapi takpelah kak sha a.k.a eid planner kata pakai baju ni hari raya kedua, raya pertama nak bergambar kan, so olss have to wear baju warna merah/maroon/magenta/redbull *over * dan seumpamanya :P
alright! decision made: raya pertama, kite pinjam
baju kurung warna merah kak sha kite.
Teruskan misi pencarian,
beg yang bakal dipakai sekali seumur hidup :P
walaupun tak match dengan baju sebenarnya :(
alat make-up yang terkumpul :)
Sikit je kan :P
Favourite Body Spray:
baunya sangat soft !
baunya sangat soft !
cari yang ni okeyh :)
Maybelline Watershine
Pure Lipstick P11,
Melembab and sweet
Pure Lipstick P11,
Melembab and sweet
duit lebih beli lipstick Mentholatum pulak.
bila Lisa Surihani pakai lipstick semua nampak CUTE/SWEET kan?
So saya pun nak try jugak :)
MENTHOLATUM 02 FANTASY PINK :)
4 sort colours available at Guardian + Watson :
01 VINTAGE PINK
02 FANTASY PINK
03 KISSY PINK
04 SEXY PINK
Think pinky.
think lipice water colour
gorgeous ^_^
and u guys should try too yeah.
bibir sexy and cute macam kak Lisa kite :)
END
Categories
Cerita Raya
Bila buka kedai semula??
Dah nak raya ni. tak sempat buat notis pada semua. Ada yang terus buat bayaran pada eja. Eja terima tapi untuk produk-produk tertentu sahaja ya.
guys! eja akan tutup sementara 'kedai' seminggu sebelum raya. Lebih awal atas sebab POS LAJU tidak akan hantar parcel mulai hari rabu ( 24th august 2011 ).
oakay, eja akan buka semula order pada hari raya ketiga
( 3rd September 2011 ).
Please noted :
First of all, kite nak ucapkan terima kasih banyak kepada u'olss yang beri 100% kepercayaan pada kite. Syukur alhamdulillah oakay? Bukan selalu kite dapat peluang tulis entri macamni. Bila dapat masa terluang macamni, masa ni lah eja nak amek peluang untuk wish best of luck pada u'olss semua. Thank you...thank you dearest ^_^
Categories
Makluman
Thinking Positive Please
Assalamualaikum and hai semua. I'm back.
Saya terkejut dan sedih.
Hari ni saya sedih. Esok lusa saya tak tahu macam mana perasaan saya? Semalam, saya mendapat berita yang tidak enak untuk didengar. Bila saya mendapat berita yang kurang enak macam ni, saya rasa terpanggil untuk membetulkan keadaan yang sebenarnya.
Kadang-kadang, ada cerita yang kita tak boleh nak luahkan atas sebab kita juga mahu menjaga aib orang. Tapi apabila ia melibatkan orang ramai termasuk kenalan-kenalan makhluk Allah yang ada pangkat adan kuasa, maka hal ini sangat-sangat memberi kesan kepada saya.
Hari ni saya sedih. Esok lusa saya tak tahu macam mana perasaan saya? Semalam, saya mendapat berita yang tidak enak untuk didengar. Bila saya mendapat berita yang kurang enak macam ni, saya rasa terpanggil untuk membetulkan keadaan yang sebenarnya.
Kadang-kadang, ada cerita yang kita tak boleh nak luahkan atas sebab kita juga mahu menjaga aib orang. Tapi apabila ia melibatkan orang ramai termasuk kenalan-kenalan makhluk Allah yang ada pangkat adan kuasa, maka hal ini sangat-sangat memberi kesan kepada saya.
Ceritanya bermula :
Saya upload gambar jualan produk A ( bukan nama sebenar ) dan produk B (bukan nama sebenar ) dalam satu album. Produk yang sama sebenarnya kerana ia diperbuat daripada bahan yang sama. Ditanya pada 'supplier' saya Encik 'A' ( yang juga pengilang dan pengusaha produk A dan produk B ), beliau membenarkan saya membuat jualan bagi kedua-dua produk ini.
Saya upload gambar jualan produk A ( bukan nama sebenar ) dan produk B (bukan nama sebenar ) dalam satu album. Produk yang sama sebenarnya kerana ia diperbuat daripada bahan yang sama. Ditanya pada 'supplier' saya Encik 'A' ( yang juga pengilang dan pengusaha produk A dan produk B ), beliau membenarkan saya membuat jualan bagi kedua-dua produk ini.
Saya tidak tahu di mana silapnya saya, ada makhluk Allah yang tidak berpuas hati barangkali, melaporkan hal saya upload gambar dua produk dalam satu album. Di antara gambar-gambar tersebut, saya ambil daripada blog orang tengah juga yang membekalkan produk kepada saya.
Bila gambar-gambar produk tersebut tersebar di facebook, maka saya dipersalahkan mengapa saya ambil gambar-gambar produk tersebut dan meletakkan dalam satu album. Persoalannya, mengapa mereka yang tidak mengetahui tentang hal sebenar ini sewenang-wenangnya menyalahkan saya? Sedangkan tuan kepada pemilik gambar tersebut tidak pula menyalahkan saya malah mengizinkan sahaja saya menggunakan gambar tersebut.
Saya mintak lah jasa baik semua orang, agar terlebih dahulu bertanyakan kepada saya tentang keadaan sebenar jika ada kemusyikalan berkenaan gambar produk.
Kita semua mempunyai hak bersuara tapi jangan sampai mengguris hati dan perasaan orang lain sehingga boleh mencetuskan perasaan amarah Saya sudah maklumkan sebelum ini, jika berlaku sebarang kesmusykilan, sila berhubung terus dengan saya terlebih dahulu. Supaya di akhir nanti, tidak berlaku percanggahan dan terlalu banyak yang terpengaruh dengan kata-kata nista.
Begitu banyak komen yang saya terima, ada jugak yang mengutuk sedangkan saya tak tahu menahu. Yang banyak berusuara inilah sebearnya mereka yang tidak mengetahu hal yang sebenarnya. Sila mendapatkan penjelasan yang sahih daripada saya sendiri dahulu, dan kemudian kepada mereka-mereka yang berkenaan. 'Supplier' mengadukan hal yang sama dan beliau tidaklah sampai memarahi saya cuma saya diminta untuk membuang gambar salah satu produk yang menjadi kesangsian dan buah mulut orang ramai. Sekarang saya hanya menjual satu produk dalam satu album. Supplier saya konfius dan pening untuk menjawab setiap kemusyikan yg timbul, saya juga lebih konfius dengan apa yang terjadi sekarang ni.
Jadi, ingin diingatkan sekali lagi, jika kamu terlalu sayangkan gambar yang 'telah menjadi' tontonan umum itu, sila labelkan nama kamu supaya tidak ada pihak lain yang boleh copy cat. Apabila satu gambar telah diupload di media, maka ia akan menjadi tontonan umum, dengan izin atau tanpa izin, ia tetap boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Ini hanya peringatan. Jadi berwaspada. Terpulang bagaimana semua orang menilainya.
Jadi, mulaihari ini saya cuma menjual produk A ( bukan nama sebenar ) dalam salah satu album saya di facebook oleh sebab terlalu ramai mulut yang mengata dan tidak mengetahui hal yang sebenar ni menghalang jualan saya sebenarnya. Sedih jugak bila ada orang yang mempunyai hasrat dengki macam ni.
Kita sama-sama manusia. Jagalah mulut dan percakapan masing-masing ya.
Kerana mulut dan penulisan kita, ramai pihak yang terasa.
Saya juga minta maaf kepada mereka yang mempunyai rasa tidak senang apabila saya terpaksa mengeluarkan entri ini.
Kerana mulut dan penulisan kita, ramai pihak yang terasa.
Saya juga minta maaf kepada mereka yang mempunyai rasa tidak senang apabila saya terpaksa mengeluarkan entri ini.
Kepada ajen-ajen/ makhluk Allah yang menjual produk yang sama dengan saya ini, kamu diminta berwaspada dengan percakapan dan komen kamu ya. Saya tahu dimana kamu mendapatkan bekalan stock dan saya juga tidak mahu membocorkan rahsia apatah lagi mengaibkan kamu. Kita menjual produk yang sama, jadi tak perlu takut untuk berkongsi supplier yang sama.
Jika ada antara kamu yang tidak berpuas hati sehingga mencetuskan 'kontroverisi' dalam kalangan makluk2 tuhan ni, kamu boleh terus hubungi saya, kita boleh berbincang dengan cara baik. Minta penjelasan yang sebenar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Menuduh tanpa usul periksa yang sahih daripada mana-mana pihak, itu adalah fitnah.
"I'm respected you and please respected me once
Noted & Thank You.
Wassalam..
Categories
Makluman
Subscribe to:
Posts (Atom)