Photobucket
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia Menyayangimu,

Bila Dia Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu,
Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun,

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya..

Pengalaman Detox

at Sunday, April 24, 2011
Hai! Dalam entri hari ni nak cerita mengenai pengalama saya berdetox. Eh, semua penah dengar tak apa detox dalam erti kata yang sebenarnya? Meh la baca entri kali ni. Pasti ada perkara baru yang semua wajib tahu. Ini bukan entri jual barang pun lah. Jangan takut, Duit anda takkan terusik sikit pun bila baca entri ini :)


Kenapa Perlu Bernyahtoksin :

Sering keletihan, masalah kembung perut, sembelit, alahan dan selulit – semua ini merupakan simptom-simptom toksin berlebihan dalam badan. Ambil tindakan segera sebelum toksin mendatangkan masalah kesihatan yang mudarat.Detoksifikasi atau Detoks merupakan suatu proses untuk membuang timbunan toksin dalam badan.

Apa itu toksin ?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Toksin bertimbun dalam badan sekian lama :

Badan anda sememangnya berfungsi secara automatik untuk membuang toksin melalui dua organ eliminasi – sistem pencernaan dan organ hati. Seperti organ-organ lain, ia memerlukan sokongan dan rehat dari semasa ke semasa supaya ia boleh terus berfungsi dengan optima. Cara hidup kini memberikan banyak tekanan ke atas sistem detoksifikasi badan anda.Apabila badan anda tidak mampu lagi mengatasi beban toksin berlebihan, toksin-toksin ini (kebanyakan adalah larut lemak) mula berkumpul dalam tisu-tisu lemak seperti selulit, otak dan kelenjar hormon di mana ia boleh bertimbun bertahun lama.

Simptom- Simpton Toksin Berlebihan :

Antara simptom-simptom kesihatan yang dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:
  • Sering keletihan, kurang bertenaga dan sakit kepala
  • Imsomnia ( masalah sukar tidur ) dan mata gelap
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah,
  • Sentiasa rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan, kembung perut
  • Masalah sendi
  • Masalah kulit, jerawat, eczema
  • Selulit dan kenaikan berat badan

Tanda-tanda penuaan awal Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.

Hari Isnin (14/02/2010) saya pergi ke salun rawatan kecantikan Raihanaz. Tujuannya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai proses detoksifikasi ni. Sebelum pergi ke sana, saya dah pun bertanyakan produk apa yang paling berkesan untuk proses menyahtoksin daripada badan/membersihkan usus terbaik. Staff salon di Batu Pahat memberi keterangan yang tidak berapa meyakinkan saya. Untuk lebih berpuas hati lagi, saya pun pergi ke Salon Raihanaz yang terdekat.

Nak dijadikan rezeki jumpa kak Efi ( tuan punye kedai ) sendiri yang berpengalam dalam menerangkan tentang produk-produk kesihatan dan kecantikan ni. Nasib tak tak tanye lebih-lebih pada stuff. Maaf ya, saya memang jenis tak berapa gemar tanya staff di kebanyakan kedai mahupun salun-salun, bukan kerana mereka tidak melayan saya dengan baik, tetapi mereka kebanyakan tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam berkongsi pengalaman. Ada pun yang baru kerja kat situ. Bila tanye, diorang akan cakap mcm ni " errr...err". Macam tak tahu apa-apa. *Dalam hati ni sakit juga ya sebab kita tanya tentang produk itu dan ini, mereka kata entahlah tak tau* . Lagilah tense kan!

Awalnya, Kak Efi yang suggest supaya saya ambil produk " PhytoFiber" ( seperti dalam gambar ) untuk proses menyahtoksin. Tanye berapa harga? Kak Efi bagi harga dalam satu packet/sachet RM5 ( dah harga ahli dah tu ). Jika satu kotak, it's worth for RM79+ if not mistaken. Ikut pada keterangan Kak Efi, detox tak perlu tempoh yang lama bagi seseorang yang bertubuh seperti saya ( kurus keding ) :P. Pelik, ingatkan abis lenguh satu badan ni sakit-sakit. Ehm, belum tua lagi pun dah sakit-sakit kat lututlah, pingganglah, kadang2 rasa pening kepala. Ni semua sebab toksin! TSK.TSK. emmm.

Lagi satu saya kata pada Kak Efi, "Eh! kak saya nak bersihkan dalaman khususnya usus saya ni, saya tak nak buang segala ' isi-isi badan ' ni tau kak ". Pastu dah takutkan, bila Kak Efi kata " Dik, akak takut apa tau, bila adik detoks dalam tempoh lama, badan nanti ada certain customer akak kata badan dia kering/ dehydrates ". Whoh OMG! Terkejut saya. Oh! Tidak! tak mungkin saya akan buat detoks pada tempoh yang lama. Takut rasa macam senggugut hari tu. Habis dehydrate satu badan. Dah macam apa entah muka jadi :P. Takut jadi mcam tu lagi bila makan benda ni pulak.

Then, she said " It's ok lah dik, kalau adik, just amek dalam 2 minggu mcm tu". Maksudnya 2 packets untuk 1 minggu, so, 2 minggu, saya harus consume dalam 4 packets ( wholesome ). It's actually depends on you larat consume barapa banyak. But jangan over limit, afraid that you cannot stand with the process which too hard. Oklah! I've made my decision to just take 5 packets worth for RM25 only. Wow! This totally a satisfied sale kan? Wuhuu. And the great thing is I can just beli next time kat sini je. Dont have to shop on9, consume it again. Dan, berikut adalah cara-cara detoks yang boleh kita amalkan, kemudian saya akan cita pengalaman satu hari cuma saya berdetoks. ok?

Tanda-Tanda Proses Detoksifikasi :

Pengalaman detoksifikasi adalah berbeza dari individu ke individu, semua ini bergantung kepada kandungan toksin di dalam badan anda dan keadaan kesihatan anda.Semasa bermula proses detoksifikasi, anda mungkin terasa lemah. Keadaan ini adalah normal kerana pada ketika ini, badan akan menyingkirkan toksin (tersimpan dalam sel lemak dan organ) ke dalam sistem peredaran darah untuk dilupuskan dari badan.

Pada 3 hari pertama, anda mungkin menghadapi simptom yang kurang menyenangkan seperti:

  • Pembuangan air besar dengan lebih kerap
  • Mengeluarkan najis hitam yang berbau / najis kuning yang terapung atas air
  • Buang air kecil yang lebih kerap
  • Keletihan, mengantuk, mudah naik marah ( ketidakstabilan hormon )
  • Lidah bersalut putih, mulut berbau, ulser mulut
  • Sakit kepala, rasa loya dan muntah
Kesemua simptom ini merupakan tanda-tanda yang badan anda dalam proses pembersihan. Semakin banyak toksin di dalam badan anda, semakin banyak simptom yang mungkin anda hadapi.Keadaan yang kurang menyenangkan ini akan berkurangan selepas toksin dikeluarkan dari badan dan badan anda menjadi sihat semula. Pada hari ke-7, anda akan terasa lebih segar, rejuvenasi dan bertenaga!

Pengalaman Sendiri :)

Hari Isnin malam, lepas makan malam, lepas makan pisang embun dalam beberapa biji ( tak sampai setandan ), terus amik satu packet Phytofiber tu. Bancuh dengan air kosong biasa, then kacau, minum. Tengok pada keadaannya macam warna milo tapi pucat. Bila dah letak air, terus berubah colour jadi macam larutan bila kita letak asam jawa dengan air. Keruh macam tu. Rasa pun ada rasa asam jawa sikit. But, it doesnt meant really for rasa asam jawa tu sebenarnya. Sebab, kandungan dia ada bunga Roselle, sebab tu I yakin It's bit like Acid Java's taste. Iyyyakks! But, I must habiskan jugak! Membazir pulak kalau tak minum licin-licin.Pastu minum segelas lagi air kosong. Untuk bilas. hehe

Then, time tengah sleep, dalam pukul 2.00 pagi, saya pergi toilet, tapi bukan nak buang air besar, cuma air kecil (Eh! sorry, if tak sopan bahasa). Ni mungkin sebab air bilas tadi tu berlebihan dalam kantung pundi kencing kot. hehe. Oh.Ok. Abaikan sekejap. Sambung tido lagi.

Kejap dalam pukul 4.00 pago, saya terbangun lagi sebab nak terkucil lagi. Tense jugak nih. Tido baru nak nyenyak, tak sempat mimpi hantu, dah pergi tandas lagi. Takpe lah, sebab nak berdetoks punye pasal kan. emm *terima*

Pastu bangun pagi seawal jam 7 pagi, terus nak sarap. Makan jemput-jemput pisang lagi. Rehat kan diri sekejap then tetiba perut rasa nak mengulas. Tak gila sangat tapi just rasa macam bila najis tak sabar-sabar nak keluar.hehe. Sakit sebenarnya. :(

Rasa  macam sakit senggugut dulu. Entahlah sebab toksin tu dah bercmpur dengan sisa makanan dalam badan ke apa, itu sebab sakit nak teran kan agaknya. Mana tau. Hehe. Overall, rasa ok dah. Terpaksa sapu minyak angin jugak kat perut, standby bimbang senggugut nak datang sekali. Dah gabra cari minyak angin pulak. Sapu kat perut then rehatkan diri sejap kat katil, then everythings went fine. Alhamdullilah.

Itulah dia pengalaman saya berdetoks cuma sekali ni sahaja minggu ni baru. So, saya jarakkan selangkan sehari untuk detoks buat kali kedua malam ni. Entah, tak taulah apa rasanya nanti!. haha. Wah, dah macam iklan kan nak promote nih. Oklah you'olss. Tu je boleh saya cita setakat ini. Ni pun baru sekali je berdetoks. Nak tunggu sampai 2 minggu. Tau-tau je nanti badan ringan terus. Ameklah aku kan! Badan melayang lagi bila tiup angin :)

" Toksin = Penyakit "

Kebanyakan penyakit adalah suatu cara badan anda membuang toksin berlebihan untuk mencapai keseimbangan.


 

Addictiondiary Copyright © 2010 Design by nhmi