Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia Menyayangimu,

Bila Dia Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu,
Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun,

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya..

" Selagi Ada Dia "

at Thursday, April 28, 2011

"....Aku sering membina angan,
Membina istana indah,
Dia sebagai raja dan aku sebagai ratu,
Biarpun istana kami
hanya sekadar pondok kecil,
namun ku tahu dia akan sentiasa di sisi
dan mencintaiku selamanya...."


Alhamdulillah

Akhirnya habis juga baca novel karya AISYA SOFEA. First impression bila pandang buku ni for sure ingat mesti kisah loving couples....dengan tajuk nya pun dah tau. tapi saya tetap eager juga nak baca apa yang tersirat di sebalik cerita di dalamnya. nak bace novel pun amek masa jugak sbnarnya. kene ada masa, feeling good in mood baru boleh hayati kisah dalamnye....Alhamdulillah la sbb dapat menempuah novel ni dalam masa 1 minggu je..hehe.mmm, marks which I can give 8/10. It not because I cannot give full but just because I think it enough for the reader like me which didnt have much times go through all this..novel banyak tapi just for a certain time I could make sense on it.

Ceritanya ringkas dengan watak2 yang tak ramai sangat pun, 5 jejaka - ayah Ariani@Ari, Zahar (yang skejap je diceritakan tntang wataknya, pekerja di tmpat sambilan di mana ari bekerja), Abg Yusri ( abang kepada Ari, isterinya Kak Lin ), Haris ( lelaki yang tiada pendirian, watak mula smasa planggaran kereta dengan Ari sehingga ke akhirnya), dan Idris ( yang susah kematian isteri,tiada anak,arwah isterinya mirip muka dengan Ari, akhirnya menjadi suami kepada Ari, isterinya mati diebabkan kanser payu dara ). Watak2 perempuanya ada 4 orang kesemuanya iaitu Ibu Ariani, Kak Malini (akak Ari, busnesswomen yang pandai bgaya), Kak Lin ( akak ipar kpd Malini dan Ari, ada spasang anak - Alisya dan Aliyas, sangat memahami Ariani).

Watak Ariani yang buat saya tertarik, You know why?? Dia seorang yang simple and yet really friendly. Dia tak kesah apa pun orang nak kata yang penting she almost know what she really wanna be. I admire on this character after all not just because she suffered lots in a meant of " love " feeling, but she is able to defeat this till finally she got want she want. wah, best kan?? bila dah suffer lots, all been repaid. One more thing, I love when she said " BERANGAN TU PERCUMA la, tak kene bayar apa pun " with selamba mood. Ari sedar yang dia seorang yang childish and dia sendiri tak sedar yang ramai lelaki yang nakkan dia sehingga la kak iparnya, Kak Lin mention pd dia. She got a really good skill in tackle friends, has a noble heart and her " moderity/middling " cause everybody loves befriends with her. HOW nice to be her.... But pada dia, its just she has nothing....biasalah kan manusia, mane ade semua yang perfect. Ada je rasa diri serba kekurangan.

Satu lagi watak yang best tentang Kak Lin, nak tau sbb apa?? sbb dia seorang akak ipar yang really supportive and caring.. Even pada awal cerita pun, dah tau yang dia sangat memahami masalah seseorang. dia digambar dalam cerita ni sbg seorang yang up-to-date. Sbg pengurus, dia kene lah ambil tahu tntang smua isu semasa, seorang yang kuat shopping, suka melancong bsma kluarga dan org yang dekat dengannya. Her good skill in showing the loves to another pun, I am really honour to her. And in this case, patutla he got a really ideal & understading husband. dalam cerita ni jugak diceritakan how harmony they are.Malas la nak komen tenatng watak2 yang lain. Lenguh dah tangan ni..hehe. Tapi apa yang boleh diungkapkan di sini, novel ni best sbb dia bkisar tentang kekeluargaan, rasa saling memahamai antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan boleh jadi renggang disebabkan orang luar. Ini lah manusia dengan pelbagai ragam dan masalah yang saya rasa harus dikongsi bersama.

* ermm..beralih ke novel lain yang bertajuk " Doa Insan Berkasih "Harap ada la masa untuk saya menghayati setiap bait cerita di dalamnya. This is such an islamic novel.. Just love to continue read them all..semoaga kita dapat mewujudkan perasaan saling memahami antara satu sama yang lain. Assalamualaikum :)

Pengalaman Detox

at Sunday, April 24, 2011
Hai! Dalam entri hari ni nak cerita mengenai pengalama saya berdetox. Eh, semua penah dengar tak apa detox dalam erti kata yang sebenarnya? Meh la baca entri kali ni. Pasti ada perkara baru yang semua wajib tahu. Ini bukan entri jual barang pun lah. Jangan takut, Duit anda takkan terusik sikit pun bila baca entri ini :)


Kenapa Perlu Bernyahtoksin :

Sering keletihan, masalah kembung perut, sembelit, alahan dan selulit – semua ini merupakan simptom-simptom toksin berlebihan dalam badan. Ambil tindakan segera sebelum toksin mendatangkan masalah kesihatan yang mudarat.Detoksifikasi atau Detoks merupakan suatu proses untuk membuang timbunan toksin dalam badan.

Apa itu toksin ?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Toksin bertimbun dalam badan sekian lama :

Badan anda sememangnya berfungsi secara automatik untuk membuang toksin melalui dua organ eliminasi – sistem pencernaan dan organ hati. Seperti organ-organ lain, ia memerlukan sokongan dan rehat dari semasa ke semasa supaya ia boleh terus berfungsi dengan optima. Cara hidup kini memberikan banyak tekanan ke atas sistem detoksifikasi badan anda.Apabila badan anda tidak mampu lagi mengatasi beban toksin berlebihan, toksin-toksin ini (kebanyakan adalah larut lemak) mula berkumpul dalam tisu-tisu lemak seperti selulit, otak dan kelenjar hormon di mana ia boleh bertimbun bertahun lama.

Simptom- Simpton Toksin Berlebihan :

Antara simptom-simptom kesihatan yang dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:
  • Sering keletihan, kurang bertenaga dan sakit kepala
  • Imsomnia ( masalah sukar tidur ) dan mata gelap
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah,
  • Sentiasa rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan, kembung perut
  • Masalah sendi
  • Masalah kulit, jerawat, eczema
  • Selulit dan kenaikan berat badan

Tanda-tanda penuaan awal Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.

Hari Isnin (14/02/2010) saya pergi ke salun rawatan kecantikan Raihanaz. Tujuannya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai proses detoksifikasi ni. Sebelum pergi ke sana, saya dah pun bertanyakan produk apa yang paling berkesan untuk proses menyahtoksin daripada badan/membersihkan usus terbaik. Staff salon di Batu Pahat memberi keterangan yang tidak berapa meyakinkan saya. Untuk lebih berpuas hati lagi, saya pun pergi ke Salon Raihanaz yang terdekat.

Nak dijadikan rezeki jumpa kak Efi ( tuan punye kedai ) sendiri yang berpengalam dalam menerangkan tentang produk-produk kesihatan dan kecantikan ni. Nasib tak tak tanye lebih-lebih pada stuff. Maaf ya, saya memang jenis tak berapa gemar tanya staff di kebanyakan kedai mahupun salun-salun, bukan kerana mereka tidak melayan saya dengan baik, tetapi mereka kebanyakan tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam berkongsi pengalaman. Ada pun yang baru kerja kat situ. Bila tanye, diorang akan cakap mcm ni " errr...err". Macam tak tahu apa-apa. *Dalam hati ni sakit juga ya sebab kita tanya tentang produk itu dan ini, mereka kata entahlah tak tau* . Lagilah tense kan!

Awalnya, Kak Efi yang suggest supaya saya ambil produk " PhytoFiber" ( seperti dalam gambar ) untuk proses menyahtoksin. Tanye berapa harga? Kak Efi bagi harga dalam satu packet/sachet RM5 ( dah harga ahli dah tu ). Jika satu kotak, it's worth for RM79+ if not mistaken. Ikut pada keterangan Kak Efi, detox tak perlu tempoh yang lama bagi seseorang yang bertubuh seperti saya ( kurus keding ) :P. Pelik, ingatkan abis lenguh satu badan ni sakit-sakit. Ehm, belum tua lagi pun dah sakit-sakit kat lututlah, pingganglah, kadang2 rasa pening kepala. Ni semua sebab toksin! TSK.TSK. emmm.

Lagi satu saya kata pada Kak Efi, "Eh! kak saya nak bersihkan dalaman khususnya usus saya ni, saya tak nak buang segala ' isi-isi badan ' ni tau kak ". Pastu dah takutkan, bila Kak Efi kata " Dik, akak takut apa tau, bila adik detoks dalam tempoh lama, badan nanti ada certain customer akak kata badan dia kering/ dehydrates ". Whoh OMG! Terkejut saya. Oh! Tidak! tak mungkin saya akan buat detoks pada tempoh yang lama. Takut rasa macam senggugut hari tu. Habis dehydrate satu badan. Dah macam apa entah muka jadi :P. Takut jadi mcam tu lagi bila makan benda ni pulak.

Then, she said " It's ok lah dik, kalau adik, just amek dalam 2 minggu mcm tu". Maksudnya 2 packets untuk 1 minggu, so, 2 minggu, saya harus consume dalam 4 packets ( wholesome ). It's actually depends on you larat consume barapa banyak. But jangan over limit, afraid that you cannot stand with the process which too hard. Oklah! I've made my decision to just take 5 packets worth for RM25 only. Wow! This totally a satisfied sale kan? Wuhuu. And the great thing is I can just beli next time kat sini je. Dont have to shop on9, consume it again. Dan, berikut adalah cara-cara detoks yang boleh kita amalkan, kemudian saya akan cita pengalaman satu hari cuma saya berdetoks. ok?

Tanda-Tanda Proses Detoksifikasi :

Pengalaman detoksifikasi adalah berbeza dari individu ke individu, semua ini bergantung kepada kandungan toksin di dalam badan anda dan keadaan kesihatan anda.Semasa bermula proses detoksifikasi, anda mungkin terasa lemah. Keadaan ini adalah normal kerana pada ketika ini, badan akan menyingkirkan toksin (tersimpan dalam sel lemak dan organ) ke dalam sistem peredaran darah untuk dilupuskan dari badan.

Pada 3 hari pertama, anda mungkin menghadapi simptom yang kurang menyenangkan seperti:

  • Pembuangan air besar dengan lebih kerap
  • Mengeluarkan najis hitam yang berbau / najis kuning yang terapung atas air
  • Buang air kecil yang lebih kerap
  • Keletihan, mengantuk, mudah naik marah ( ketidakstabilan hormon )
  • Lidah bersalut putih, mulut berbau, ulser mulut
  • Sakit kepala, rasa loya dan muntah
Kesemua simptom ini merupakan tanda-tanda yang badan anda dalam proses pembersihan. Semakin banyak toksin di dalam badan anda, semakin banyak simptom yang mungkin anda hadapi.Keadaan yang kurang menyenangkan ini akan berkurangan selepas toksin dikeluarkan dari badan dan badan anda menjadi sihat semula. Pada hari ke-7, anda akan terasa lebih segar, rejuvenasi dan bertenaga!

Pengalaman Sendiri :)

Hari Isnin malam, lepas makan malam, lepas makan pisang embun dalam beberapa biji ( tak sampai setandan ), terus amik satu packet Phytofiber tu. Bancuh dengan air kosong biasa, then kacau, minum. Tengok pada keadaannya macam warna milo tapi pucat. Bila dah letak air, terus berubah colour jadi macam larutan bila kita letak asam jawa dengan air. Keruh macam tu. Rasa pun ada rasa asam jawa sikit. But, it doesnt meant really for rasa asam jawa tu sebenarnya. Sebab, kandungan dia ada bunga Roselle, sebab tu I yakin It's bit like Acid Java's taste. Iyyyakks! But, I must habiskan jugak! Membazir pulak kalau tak minum licin-licin.Pastu minum segelas lagi air kosong. Untuk bilas. hehe

Then, time tengah sleep, dalam pukul 2.00 pagi, saya pergi toilet, tapi bukan nak buang air besar, cuma air kecil (Eh! sorry, if tak sopan bahasa). Ni mungkin sebab air bilas tadi tu berlebihan dalam kantung pundi kencing kot. hehe. Oh.Ok. Abaikan sekejap. Sambung tido lagi.

Kejap dalam pukul 4.00 pago, saya terbangun lagi sebab nak terkucil lagi. Tense jugak nih. Tido baru nak nyenyak, tak sempat mimpi hantu, dah pergi tandas lagi. Takpe lah, sebab nak berdetoks punye pasal kan. emm *terima*

Pastu bangun pagi seawal jam 7 pagi, terus nak sarap. Makan jemput-jemput pisang lagi. Rehat kan diri sekejap then tetiba perut rasa nak mengulas. Tak gila sangat tapi just rasa macam bila najis tak sabar-sabar nak keluar.hehe. Sakit sebenarnya. :(

Rasa  macam sakit senggugut dulu. Entahlah sebab toksin tu dah bercmpur dengan sisa makanan dalam badan ke apa, itu sebab sakit nak teran kan agaknya. Mana tau. Hehe. Overall, rasa ok dah. Terpaksa sapu minyak angin jugak kat perut, standby bimbang senggugut nak datang sekali. Dah gabra cari minyak angin pulak. Sapu kat perut then rehatkan diri sejap kat katil, then everythings went fine. Alhamdullilah.

Itulah dia pengalaman saya berdetoks cuma sekali ni sahaja minggu ni baru. So, saya jarakkan selangkan sehari untuk detoks buat kali kedua malam ni. Entah, tak taulah apa rasanya nanti!. haha. Wah, dah macam iklan kan nak promote nih. Oklah you'olss. Tu je boleh saya cita setakat ini. Ni pun baru sekali je berdetoks. Nak tunggu sampai 2 minggu. Tau-tau je nanti badan ringan terus. Ameklah aku kan! Badan melayang lagi bila tiup angin :)

" Toksin = Penyakit "

Kebanyakan penyakit adalah suatu cara badan anda membuang toksin berlebihan untuk mencapai keseimbangan.


Roselles : Red for Good

at Friday, April 15, 2011

Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan.

Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur.

Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel.

Roselle/Rozel :

- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik. - Memperlancar peredaran darah. - Mengubati luka luar dan dalam. - Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri. - Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.) - Bersifat detoksifikasi, membuang racun. - Mempunyai efek anti kejang otot. - Memiliki zat anti bakteria dan anti virus. - Membunuh bakteria penyebab TBC. - Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan - Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang. - Mencegah penyakit jantung. - Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam. - Mengubati asma dan alergi. - Mengubati insomnia. - Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat. - Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi. - Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser. - Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh - Menyihatkan mata - Menyeimbangkan berat badan. - Mengurangi panas dalam . - Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati. - Mengubati pening kepala/migraine. - Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol. - Menghilangkan sakit sakit di badan. - Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA - Dapat mengurangi risiko osteoporosis. - Mengobati sakit tenggorokan dan sawan. - Mengatasi masalah stress/tekanan.


Kandungan Rozel:

Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.


 

Addictiondiary Copyright © 2010 Design by nhmi