Photobucket
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia Menyayangimu,

Bila Dia Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu,
Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun,

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya..

Gastrik = Heartburn !

at Saturday, October 22, 2011
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Syukur alhamdulillah.
Saya dah sihat.

Hari rabu minggu lepas, saya keracunan makanan. sebelum ni saya tak pernah rasa keracunan makanan jadi ia adalah pengalaman pertama saya. nak rasa sangat ke?? ampun tak nak dah rasa  sakit macam ni lagi. Serius tired. Stress bila kepala masuk angin. Angin berderu-deru keluar pelbagai cara. haha. haduiyai.

bila sakit perut, first thing yang kita akan flashback
apa makanan yang kite makan kan,


* Menu Lunch*
nasi putih
ayam masak kicap
kangkung masak belacan

air apa?
air susu! susu marigold 1L dalam kotak.

entah knapa masa hari rabu lepas makan terasa nak minum susu pulak kan.* tak sesuai * langsung lepas lunch minum susu :P

Habis makan biasalah rehat sekejap.
masa ni perut baik lagi :)

bila munculnye malam,
simptom-simptom berikut berlaku:

- pening kepala
- muntah sambung sampai ke pagi
- cirit-birit
- perut mengulas

Mungkin makanan lunch tu dah bercampur dengan susu,
maka terhasillah angin sepoi-sepoi bahasa yang akhirnya menjadikan kepalaku pening dan muntah-muntah
sehingga ke pagi...masyallah !

susu tu expired sebulan lagi. Kenapa boleh jadi macam ni??

Hari Khamis, baring je. serius lepas subuh sambung rehat semula. Tak mampu nak buat apa pun. Sakit perut dengan senggugut jauh amat berbeza rasanya. Senggugut cuma painful pada otot. Tapi bila sakit perut especially kat bahagian ulu hati, rasa pedihnye macam terguris dengan pisau tahu? isk.

Mujurlah petang khamis tu dah beransur baik, keesokannya hari Jumaat tetiba terasa pedih kat ulu hati.

Tengahari semalam ( Jumaat ) makan nasi ayam. Petang makan goreng pisang. Lepas je makan goreng, tetiba terasa pedih kat ulu hati. Pinggang rasa sengal, lenguh yang amat! Ya Allah tak tahulah apa dah jadi dengan tubuh ni. Yang paling selambanya, hari khamis waktu petang selepas semuanya dah kembali pulih saya boleh tak terfikir nak pegi buat check-up! huish. bukan main terer lagi lepas dah baik, suka-suki je melantak macam-macam. macamlah perut ni kebal sangat. selambee !

Semalam lah perut ni terasa sakit kat ulu hati.
Pedih gillll--er.er. tau.

Malam Jumaat tu terus pegi Poliklinik buat check up.

doktor :
" awak gastrik tahap awal. Perut banyak angin and asid ni.. "

saya:
" erm...dah agak dah..."

alang-alang bayar mahal kat poli tu, nak 'klepet' doktor tu lebih ckit.huhu

saya:
" doktor, ubat apa yang bagus utk tambah selera makan? "

doktor:
"...nape awak nak gemukkan badan ke?..erm..tak payahlah berat awak dah okey dah ni...saya dulu lebih kurus daripada awak tau, orang semua usaha nak kurus awak nak gemok..peliklah awak ni.."
( sengih doktor tu )

saya:
"..saya gemok ke? Ya Allah cuba doktor tengok betul, kurus nih!...dulu saya penah gemok jadi saya mestilah perasan badan saya dah kurus...dulu rasa mantappp je sebab demok.."
dalam hati: doktor tak tau hari-hari saya pakai baju berlayer-layer sebab nak nampak demok :(
( beria berbual dengan doktor rasa taknak keluar dah. huhu )

doktor:
"...ok2 macam nilah, saya bagi awak satu vitamin ni untuk support nutrient awak okey? tapi depends jugak pada seseorang tu, sebab ada patient saya yang makan tetiba dia kata berat badan dia naik mendadak, ada yang tak rasa peruabahan apa pun...cubalah dulu makan mana tau sesuai..awak tak payahlah makan ubat untuk gemokkan badan yang jual kat luar tu..tak jadi apa pun..ada kawan saya kan nak gemokkan badan semula, dia makan benda yang kecik-kecik tu, makan setiap masa, lama-lama selera makan bertambahlah...tak perlu setiap kali makan, amek makanan yang berat sebab nak cepat gemok..."

tetibe doktor ni cakap panjang lebar.
terus hilang mengantuk. hew :)

makanan kecik-kecik tu bmaksud makanan ringan = sneak yang selalu korang buat kudap-kudap tu

saya:
" ouh.ok. time kasih  doktor " ^__^

ni ubat angin ( naturaliser acid ). rasa sama macam korang bancuh 'colgate' dengan air. Boleh dapatkan ubat ni kat farmasi dalam harga around rm16 camtu.

cuba tengok label ubat tu :)

" Bersabarlah dalam menghadapi penyakit 
sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa "

amin  :) 

ubat gastrik tak rasa apa.
tawar je :)

vitamin yang doktor cakap tu :)
Harap dapat naikkan berat badan dengan tablet ni.

consume sebiji sehari.
waiting for next 30 days to grow BIG Muffin :p


semua ubat letak dalam satu bekas.
harap dapat bertahan dengan semua ubat ni  ",)


"..yang memberikan sakit adalah Allah S.W.T dan yang akan menyembuhkan juga DIA. Ikhtiar yang kita lakukan untuk merawat adalah untuk mendapat hidayah Allah bukan semata-mata mendapatkan penyembuhan. Kerana sakit yang Allah berikan adalah kerana diri kita sendiri dan untuk mendapatkan kemuliaan dari Allah..."


  END
 

Addictiondiary Copyright © 2010 Design by nhmi