Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia Menyayangimu,

Bila Dia Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila Dia Tidak Makbulkan Doamu,
Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun,

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya..

Bersyukurnya Saya..

at Wednesday, October 26, 2011
           Saya bersyukur sebab
  •  Saya dilahirkan sebagai seorang Islam. 
  • Saya masih mampun mengingati Allah dan beribadat kepada-NYA.
  • Saya dilahirkan sempurna anggota dan kudrat untuk beribadat.
  • Saya masih ada kedua ibu bapa saya yang sentiasa ada untuk mendoakan, memberi semangat, menasihati diri saya walaupun saya kerap kali melakukan kesalahan. 
  • Saya tidak pernah sama sekali dibenci oleh mereka. 
  • Saya mampu tersenyum dan melemparkan senyuman kepada orang ramai
  • Saya masih mempunyai adik beradik yang sanggup menangis dalam susah dan senang. Bila bangun pagi, saya masih boleh wish " good morning" dan cium ibu dan abah saya.
  • Saya masih boleh bermanja dengan keluarga saya. 
  • Saya masih boleh menyayangi orang lain. 
  • Saya masih disayangi dan diambil berat oleh mereka yang menyayangi saya. 
  • Saya masih boleh meluahkan perasaan di dalam blog saya ini.
  • Saya masih mempunyai kawan yang boleh memahami keadaan dan masalah saya walaupun mereka tidak 100% memahami. 
  • Diberi peluang menjawat jawatan sbg setiausaha sepanjang menyertai Badan Beruniform Kadet Polis. 
  • Saya anak bongsu yang ibu boleh percayakan walaupun saya tahu kadang-kadang ibu susah untuk melepaskan saya untuk bertindak dan membuat keputusan. 
  • Saya masih boleh tidur dengan aman walau jam berapa pun. Tidak seperti di negara yang sedang berperang. bayangkanlah. betapa beruntungnya kita semua :)
  • Saya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya dengan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan. Saya masih boleh membuka buku dan membacanya.
  •  Saya masih boleh melihat dan melihat setiap keindahan. Subhanallah! Dan kata cantiknya itu dan ini... 
  • Saya masih seorang pelajar yang boleh mempelajari apa sahaja. 
  • Saya boleh memakai heels untuk bergaya.
  •  Saya peroleh pangkat 1 dalam Peperiksaan darjah khas dan segala usaha saya terbalas. 
  • Saya mendapat 10A1 dalam peperiksaan SPM Saya pernah menjejakkan kaki, belajar di Universiti Malaya.
  • Saya mendapat tajaan JPA.
  • Saya dapat menyertai skuad SUKSIS walaupun untuk tempoh sementara. 
  • Saya boleh solat dalam keadaan yang tenang dan selesa. Saya tidak berpenyakit walaupun seringkali senggugut cuma. 
  • Saya masih boleh ketawa dan berperasaan. Saya penah dfitnah tetapi mendapat kekuatan daripada itu. Walapun saya telah melakukan kesilapan, masih ramai lagi yang mempercayai diri ini. 
  • Saya diberi peluang untuk mendiami kolej sepanjang pengajian saya.
  • Saya dapat berjalan-jalan dan berjumpa dengan rakan-rakan. Saya masih mempunyai rumah yang boleh diduduki dengan selesa. 
  • Saya sentiasa dikelilingi oleh orang-orang baik. Saya sentiasa mempunyai semangat untuk melakukan sesuatu yang saya gemari. 
  • Saya masih mempunyai hati yang lembut utk membantu orang walaupun mereka telah beberapa kali menyakiti hati saya. Saya dapat belajar memandu kereta pada umur 20 tahun. 
  • Saya masih boleh melihat diri saya adalah orang yang sama pada setiap hari. 
  • Apabila saya bagun keesokan harinya, saya masih bernafas. 

Ya Allah, 
Aku sedar banyak nikmat yang telah Kau kurniakan

 Terima Kasih Ya Allah, 
kerana memberi aku merasai kesemua nikmat ini. 
Pelbagai lagi telah ku rasai. Semua itu tak tersenarai. 
Segalanya lebih lagi Ya Allah, Aku amat-amat bersyukur...
 

Addictiondiary Copyright © 2010 Design by nhmi